Monday, April 9, 2012

Doktor Jay Klinik Sri Indah

 

Hari jumaat lepas, pukul 4 pagi. boleh consider hari sabtu kot. kira awal pagi sabtu.

 

Hannah bangun tak boleh tidur, aku tengok macam susah je dia nk bernafas. kemudian batok macam tak lepas. naseb baik aku ngan asri belum tidur sebab asri ada exam hari sabtu tu.

 

tengok keadaan dia lain macam je, nafas bunyi dalam masa 3-4  minit sekali aku bagi dia ubat batuk yang last visit punye tapi tak okie gak then aku decide bawak pergi klinik. kesian tengok dia susah nak bernafas.

 

sampai klinik, ada sorang patient, budak lelaki. yang datang teman dia normah damanhuri n afifah damanhuri. tak tau la cucu @ anak siapa tu. normah pakai tudung yu ollss….

 

okeh, back to Hannah. masa dalam bilik doktor, aku pun cerita la simtom2 sakit Hannah. dia suruh selak baju then elok lepas aku cerita dia cakap,

 

“normal la baby bernafas bunyi. tak ada apa2, baby awak okie”

 

aku tak puas hati sebab kalau Hannah sihat dia tak pernah bernafas macam tu.

 

ni dialog aku dengan doktor tu;

 

Doc: anak pertama ke?

 

Aku: aah, first baby.

 

Doc : mak mana? duduk dengan u sekali?

 

Aku: da tidor la. (dalam hati apa kejadahnya tanya mak. pukul 4 pagi apa dia expect orang tua  buat? joget disko ke?)

 

Lepas dia tanya tu baru lah dia check Hannah guna stetoskop. then dia boleh buat2 terperanjat, oh ada lendir la. Tadi kata okie, ni ada lendir pulak. masa tengah check, 2 – 3 kali tanya Hannah awak ni sihat ke tak sihat, happy je. (apa punya soalan pun aku tak tau lah)

 

Aku: saya dah bagi dia ubat batok doktor. tapi ubat batok lama.  tak ingat bila. masa last visit punya

 

Dia semak record then dia cakap 2 bulan lepas.

 

Doc : ubat ni tak mencukupi, saya bagi ubat baru tapi awak boleh sambung dengan ubat lama.

 

Aku: so ubat lama yang ubat batuk tu boleh bagi ke doc? ( aku tanya sebab aku pelik kenapa nak bagi ubat lama lagi. kan dah dapat ubat baru)

 

Doc: since awak tak sabar nak anak awak baek, bagi je la ubat tu semua.

 

masa ni aku dah menyirap sebab aku tanya baik2 dia boleh nak jawab macam tu. then dia bagi  option nak buat nebuliser sebab dia ingat aku tak puas hati.

 

Doc: kalau nak puas kan hati awak, saya boleh bagi nebulizer.

 

Aku: mana satu better doc?

 

Doc: mana-mana je sebab 2 2 ubat. kalau u rasa nak amek nebulizer saya boleh bagi.  ( masa ni aku confuse + dah start nak marah sebab dia tak menjawab soalan aku. aku tak tau nak decide patut amek neb or tak)

 

Aku: yelah, mana better?

 

Doc: bagi i, ubat dah cukup. kita tengok macam mana keadaan dia nanti. tapi u tak sabar nak anak u baek, ikut u la nak amek neb ke x.

 

Aku: doktor, my baby tak boleh tidur pukul 4 pagi of course la i nak yang terbaek. i tak tau that is why i ask u. thats it.

 

masa ni aku da stat marah sebab bila aku tanya tak menjawab soalan. sebelum ni bila aku jumpa doktor, they will gave best option and advise. bukan bagi kata dua then suruh aku decide. after that, blame aku for everything.

 

kalau aku tau pasal medical, tentu2 lah aku boleh decide mana yang better.

 

before leaving, baru dia cakap ubat lebeh 2 bulan tak boleh guna lagi. lagi satu menaikkan marah aku. tadi suruh continue ubat lama ni cakap tak boleh guna. kan senang kalu cakap awal2.

 

kesimpulannya, kalau doktor tu incharge, memang aku tak akan masuk.

 

tapi, sebenarnya doktor lain semua baik2 and friendly. sebab tu aku suka pergi klinik ni. ni lah first time dapat doktor macam teeetttt…

 

kalau ada sesiapa nak pergi klinik ni, Dr Hazirah dan Dr Zulailah antara best doktor yang aku jumpa. tapi sayang mereka ni ada masa siang je.

No comments:

Post a Comment