Showing posts with label knowledge to share. Show all posts
Showing posts with label knowledge to share. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Muntah Kanak-kanak

Sekarang ni musim agak nya. Mana-mana anak kena cirit-birit dan muntah. Sampai dengar nya wad kanak-kanak kat hospital swasta pon penuh.

Hannah pun kena muntah-muntah last week. Sikit lagi nak kena warded sebab dia xnak makan n minum.

Straight 3 malam Hannah muntah tengah malam. Selang satu jam muntah sampai dia sendiri pergi bilik air bila rasa nak muntah. Kesian sangat tengok dia sampai takot nak makan sebab tekak sakit. Masa cek doktor rupa nya tekak dia dah bengkak sikit sebab asik muntah je. Patut lah taknak makan & minum. Memula still melasak macam biasa, masuk hari ke3 dah melepek terbaring je.

Punca selalu muntah malam sebab Hannah ada masalah sembelit. Selama ni dia berak tak habis itu menyebabkan dia muntah sebab angin dalam perot menolak keatas. Tu yang dia muntah sepanjang malam.

Penyelesaian nya doktor bagi ubat berak. Keluar kan apa yang selama ni tak habis buang. Alhamdulillah Hannah lega lepas dah keluar semua. Muntah-muntah pun dah tak lagi.

Lepas ni tau lah aku kalau Hannah muntah-muntah kena track apa yang tak kena sebelum ni. Tapi untuk kes muntah & cirit birit mostly sebab food poisoning since perot baby/toddler still sensitive untuk certain food jadi mereka senang nak kena food poisoning.

Monday, August 2, 2010

Emergency make-up remover

Maybe ramai yang dah tau..aku je baru tau..

Kalau dimasa terdesak, tak ada mekap remover, boleh guna lotion untuk remove mekap2 kat muka. Kadang-kadang bila travel kan ada je benda yang tertinggal. Time-time nak pakai, time tu lah make up remover takde.

Time-time emergency mana pulak la nak cari mekap remover. Dah tentu-tentu selalu pakai time nak tidur. Baru teringat nak guna mekap remover. Manalah kedai ada yang bukak lagi malam-malam.

Jalan paling senang, guna je lotion yang ada untuk jadi mekap remover. Sama je cara nak guna. Lap kan je macam pakai mekap remover. Senang jugak nak tanggal mekap tu.

Tak pon kalau takde lotion sangat, cuci muka TIGA KALI untuk buang mekap. Bukan sekali okeh. Nak-nak baru balek dinner or memang pakai mekap ala-ala diva meletop yang memang sah-sah mekap melekap tebal kat muka kan. Memang kene cuci kalau sayang kulit fikir nak pakai lama nak maintain kulit awet muda tolong cuci muka sebelum tidur.

 

image

*credit to en google*

Window Live Writer

Korang ada rasa update blog guna blogspot payah tak..Bagi aku macam payah sikit..Nak align kan dia, nak masuk kan gambar macam leceh..Memang macam emosi lah nk update ni..Kalau yang kurang sabar, memang rasa macam nak hempuk2 je benda ni.

Update guna blogspot buat aku rasa kurang minat sikit nak update blog. Sebab macam inconvenient aku je rasa.

Ni aku nak share application yang menyenangkan kerja nk update. Dah lama dah sebenarnya benda ni. Aku je baru dapat tau. Tu pon Asri yang tolong installkan….hehehehe..

Nama application ni Window live. Dia ada banyak jenis window live, untuk blog, boleh guna window live writer. Application ni ada untuk view photo and messenger jugek. Since aku tak minat nak guna untuk application lain, aku just hilite kan pasal window live writer je la eh.

 

imagegambar dari en google

 

Bila nak meng update blog guna window live witer aku rasa simple sangat. Macam menaip macam blog dalam word. Nak masukkan gambar pon sama. Just copy then paste je kat mana nak letak gambar tu. Simple kan. Tak payah nak upload photo and arrange photo tu balek.

Wednesday, July 28, 2010

Baju Bundle

Baju bundle...

Ada yang geli nak pakai..

Ada yang memang suka bundle..

Tapi, aku layan bundle..Murah tau. Plus baju yang rare. Yang susah nak jumpa kat supermarket. Macam aku, aku suka cari sweater kat bundle. Setakat ni, ada la 3 pasang sweater bundle dalam simpanan. Brand pon boleh tahan, brand besh aku dapat XOXO jacket. Condition baru lagi.

Aku tak limit pada sweater je sebenarnya, asal lawa je aku sebat.


*credit to queenlyana

Maybe ada yang geli nak pakai baju-baju bundle. Yelah, barang second hand la kata kan..Takot lah apa2 jadi kan. Tapi benda ni terpulang. Pendapat masing-masing. Kalau yang selesa, pakai lah.

Dah jadi lumrah, baju bundle memang akan ada bau. Aku pon tak paham kenapa bau sabun dia kuat macam tu. Memang melekat lama la kat baju.

Macam aku senang je, setiap kali lepas beli baju-baju bundle ni, aku basuh dengan air panas lepas tu masukkan softener banyak-banyak bagi bau dia ilang. Lepas tu wajib di jemur di tempat PANAS.

So far, alhamdullillah, tak ada apa-apa masalah lagi dengan baju-baju bundle.

Dulu masa zaman-zaman bujang aku rajin pergi bundle area JB dengan abang aku. Since dah duduk jaoh-jaoh ni, pergi dengan en somi lah pulak.

Bundle pilihan aku, baden-baden bundle yang dekat PD tu. Besar tau. Banyak pilihan pulak tu. Dont be surprise harga dia semua pukul rata RM 5 sahaja. Tak macam kedai lain yang letak harga ikut grade. Kat sini baju lawa, buruk, baru lama semua RM 5. Besh tak..Besh tak...Aku suka tau macam ni..

Bila dah dalam bundle, kadang-kadang aku n asri macam orang tak sedar diri pilih baju. Tapi bundle baden-baden ni yang peliknya dia bukak malam sampai pagi. So sapa nak pergi kenalah pergi malam dan datang lepas hari jumaat. Baru syok. Sebab selalu stok baru sampai hari kames, maka dapatlah stok baru.

Tapi dekat KL ni aku tak tau lah mana nak cari bundle yang besh macam ni..

Tuesday, July 27, 2010

Badan Naik

Kenapa bila bercinta je badan naik..

Bila kawen je badan naik..

Ramai gak aku tengok lepas commited for a relationship, naiklah lepas tu. Aku tak tahu jadi dekat korang atau tak..tapi aku n asri YA.

imagebenda yang aku takot sangat sekarang ni. Very the horor okeh!!!

Badan kami start naik since couple. Lepas kawin ni makin menjadi-jadi lak aku tengok..Bak kata orang tua, laki bini sama naik.

Kadang-kadang pening gak..Kenapalah senang sangat badan aku naik.

Tapi bila pikir-pikir balik, macam mana tak naik. Setiap kali jumpa mesti makan. At least makan ringan-ringan macam kopok, cucuk-cucuk, tak pon koman-koman makan pau seketul. Padahal sebelum keluar dah makan dah. Bila dating mulut tu gatal je nak mengunyah.

Kalau zaman belajar dulu, pagi jumpa breakfast sesama, lepas kelas lunch. Petang lepas kelas lak makan goreng pisang. Malam dating lagi bantai Nasi Goreng Pattaa. Penuh kolestrol masuk dalam badan sepanjang hari.

Tu kalau  jumpa dalam kampus, kalau keluar pulak, fast food memang tak lari. Mekdi  n kefsi memang cam makanan ruji lak bila keluar. Semua jenis makanan nak cuba. Lepas makan pon makan lagi.

Tu cerita belom kawen, dah kawen lak lain stail makan. Balek kerja masak, mandi gedebak, gedebuk, dah pukul 10. Pukul 10 tu la baru nak DINNER dengan en suami. 5 kali dalam seminggu tak dapat makan sama. So malam lah masa untuk makan sesama. Memang kolestrol & lemak suka melonjak-lonjak yeayeay sebab dapat menambah anggota dalam badan aku..*sigh*

macam manalah kan  model-model, perempuan kurus boleh jaga badan dia. Boleh maintain je kurus. Aku memang sangat-sangat  JELES tengok orang-orang yang boleh maintain badan dia.

Kalau yang jenis diet tu, lagi aku kagum. Macam mana lah dia boleh tahan nafsu makan. *hish* . Aku pantang nampak makanan, mesti nak try merasa. Kalau sedap. try ala-ala sampai kenyang..kehkehkeh..

Tapi aku selalu berazam nak diet & kontrol makan masa aku tengah kemengahan. Masa perot stok rasa cam nak meletop sebab banyak sangat masuk dalam tu. Tapi bila lapau tahap kebelai, aih..terpaksa cancel plan diet sebab masa lapau tiba-tiba rasa badan kurus (perasan je lebeh)..hekhek..

Agak-agak kan, macam mana eh nak kuat kan semangat untuk diet………………

*thanks pakcik google for the image*

Friday, April 9, 2010

peluang perniagaan

Hello

...

From:

Ali Hussan <admin@manchester1111.strefa.pl>

 

Greeting to you
I am Mr.  Ali Hussein business man from  Basra Iraq I am writing you this email as a  brother.
As you and I know about the unrest in my country, I went to use this means to apple for your help to relocate my family to your country and if there is any lucretive business i can invest over there place do tell me.
I just lost my wife some month ago because of the unrest here in Basra  and  8months baby with me now.
.
Hope to hear from you
Ali Hussan

 

******ada orang hantar ke e-mail aku mintak tolong ni..sapa2 yang rajin reply la kat dia.kesian dia..untung2 korang boleh kaya sama..

Tuesday, April 6, 2010

Jalan Kepong

02042010288 02042010289 

Pagi tadi masa aku otw pergi kerja. Jalan dari Pekan Kepong menghala ke Jalan Ipoh berdekatan dengan kedai perabot. Dasyat betul lubang kat Malaysia ni.

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi

Semua orang tahu, Din Beramboi @ Meor Ahmad Fuad sudah meninggalkan kita pada jam 12.35 a.m, 2 April 2010 di Hospital Selayang kerana Denggi Berdarah. Alhamdulillah arwah meninggalkan kita pada hari Jumaat dan mengikut apa yang dilaporkan jemaah solat jemaah arwah lebih dari 40 orang. InsyaALLAH lepas seksa kubur arwah.

image

Husband aku antara peminat allahyarham sebab rdia memang sukakan rancangan lawak.Jadinya pemergian allahyarham agak dirasai. Selalu pagi2 on the way nak pergi kerja kami akan denga drama sebabak dan lawak2 dia kemudian dengar radio HOT pulak..

Di kala nama sedang memuncak arwah pergi meninggalkan kita secara tiba-tiba meninggalkan 3 orang anak yang masih bersekolah.

Mengikut apa yang dikatakan oleh pihak media, arwah seorang yang baik,lucu dan lawak sempoi. Apa yang aku perasan, artis yang baik2 ni selalu meninggal di usia awal 40-an dan sudden death.Orang baik memang selalu sekejap je kita dapat pinjam.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan, taman sebelah rumah kami.Senang cerita dalam kariah kami. Suamiku pergi untuk menunaikan tanggungjawab sesama Islam.

Ramai artis yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah. Ada yang memang hadir mengikut adab seorang muslim dan ada juga yang hadir seperti selebriti pergi ke majlis rumah terbuka.Lengkap make-up dan kebaya ketat tanpa tudung/selendang (husband aku cakap “bukan artis tapi gaya macam artis'”)

Tapi ada juga artis yang memang bersusah payah seperti Iqram Dinzly yang sanggup sengseng lengan semasa pengebumian. Kelibat Pak Nil juga kelihatan.  Kelihatan beliau sangat2 sedih sambil ditenangkan oleh rakan2 artis.

Ramai yang hadir membuktikan arwah sangat2 disenangi ramai. Jom kita sedekahkan arwah surah yasin dan al-fatihah.Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

02042010318

pagi era + am krew = heart warming

02042010312 

antara yang hadir

 02042010291

tapak kubur

02042010294

02042010298

Jawa Rangers pun hadir

02042010301

Rina Khan (kawan baik Pak Nil)

02042010302

02042010303

Along Raja Lawak dan Fizz Fairuz

 02042010308

sekitar upacara pengebumian Allahyarham Meor Ahmad Fuad sangat sayu.

* p/s: ni je gambar yang husband aku sempat snap..ni pun pakai E71 je..nak bawak camera macam tak sopan pulak . Ini upacara pengebumian bukan red carpet yang nak bergambar bagai. Yang penting ramai rakan2 artis yang datang untuk bagi penghormatan terakhir untuk arwah.

Thursday, April 1, 2010

MATTA

Start lepas kahwin, 22hb aku dah mula kerja baru..selamat tinggal CIMB..agak ralat dan sayang nak tinggalkan kawan2 di CIMB..semua memang best even masing-masing selalu tension dengan kerja..dengan bos of coz lah..

setelah aku fikir masak-masak, memang aku kena tinggalkan dia..aku nekad berhenti bila bos aku berkeras cuti aku hanya 2 hari.so i have no choice..takkan lah aku nak balik kampung 1hari sebelum nikah dan tinggalkan rumah 1hari selepas kahwin..untuk kebahagian semua, aku kena korbankan sesuatu.

3 hari menganggur aku dapat offer matta..even benefit dia tak sebanyak di tempat lama, tapi inilah rezeki aku..mungkin betul rezeki aku bukan di sana..orang kata, kalau niat kita baik ALLAH tolong juga..

nak buat keputusan memang susah, tapi setiap apa yang kita buat tak ada salah..yang penting, cara kita menghadapinya..memang aku dalam dilema masa nak decide quit atau stay..cuma satu je. kita tak kan dapat 2 benda yang kita nak dalam satu masa..lama aku fikir..apa jua tindakan yang aku buat akan ada pro & con..masa tu, yang aku fikirkan mak dan majlis perkahwinan aku yang depan mata..nak pastikan berjalan lancar, aku kena korbankan benda yang selepas itu, iaitu karier aku..since daripada tu, aku rasa jalan terbaek adalah quit.

dengan belum dapat offer lain, aku nekad resign.bak kata kawan2, rezeki ada kat mana..so membuatkan aku nekad berhenti.

ALLAH nak tunjukkan kot. even masa aku resign aku belum dapat mana2 offer, lat 3hari after aku resign aku dapat offer kerja..majlis pon berjalan lancar..mak senang hati aku dapat lepak lama kat rumah..2minggu aku spend time dengan mak..aku pun puas hati dapat uruskan majlis..seminggu sebelum majlis sangatlah banyak benda yang ada saja tak setel.

aku rasa, kalau nak buat apa2 keputusan, kalau untuk kebaikan, ALLAH mesti tolong punya..yang penting berkat mak ayah..kalau dah kahwin, berkat suami..

aku sayang suami aku...=)





Saturday, January 23, 2010

barang kemas

Disember last year, heboh harga emas naik melonjak..Ada sekali pernah cecah sampai 150g/g..Bayangkan, rantai yang halus macam benang boleh cecah seribu..At that time, kami dah rasa menyesal kenapalah tak beli awal2..kenapalah time2 camni harga emas nak naik..

Banyak kedai aku survey, dari poh kong sampai kedai ah hong harga semua memang mahal..tapi yang berganda mahal dia kedai kawasan bandar dan agak ternama..Mostly design mereka agak sama..so tak kisahlah kalau nak beli kat mana2 kedai cuma those yang pentingkan ‘proud’ semasa membeli mesti macam malu nak sebut “aku beli rantai aku kat kedai ah hong je”..atlist mestilah kena cakap “aku beli kat Poh Kong”..even dah tau design lebeh kurang sama tetap kena pergi ke kedai yang ada nama..Disebabkan perkahwinan aku, perkahwinan budget maka kami selagi boleh berusaha mencari kedai yang harga murah..Kat sini aku nak bagitahu, harga emas memang sama tapi yang membezakan dia harga upah emas..kebanyakan kedai popular di area bandar aku pergi harga dia agak mahal..Contoh macam kedai emas melly, depan pertama dan kedai dalam pertama..2 kedai ni harga die agak mahal..Kedai Emas Melly, untuk rantai seberat 7gram harga dia RM1400..Aku dah berkenan, asri pun dah on nak beli tapi aku terpaksa menahan hati untuk beli sebab bagi aku harga dia tak berbaloi..Kedai emas dalam pertama, (aku lupa nama dia), rantai nipis berat aku rasa..Tu belum masuk harga loket..Kalau pergi Poh Kong pulak, sama je..Design simple tapi harga boleh cecah rm2000..Nak2 rantai yang ada design pintal2.lagi la mahal..Masa aku beli emas harga emas RM145/g..Memang mahal aku rasa tapi salah aku jugak sebab tak beli time harga emas rendah..Tapi harga emas mana jatuh, setakat jatuh slightly den dia akan naik balik..

Aku give up cari kat KL, aku balik kampung cari kat melaka..Aku pergi kedai emas yang cokia je..dekat Telok Mas..kalau pergi kedai dia, sikit je barang dia display dia..kebetulan famli aku suka datang kedai ni sebab harga upah dia agak murah and ofcoz tokei dia boleh lebeh kurang..Yang paling best, dia boleh buatkan design macam mana yang dikehendaki..Since boleh tempah ikut design aku, so aku pun mintaklah rantai yang aku memang berkenan kat kedai melly tu..Paling surprise, harga dia murah sangat dari kedai melly..siap loket tak cecah pun harga rantai sahaja..Baru aku rasa berbaloi membeli..

Kalu korang nak beli barang kemas, ada dua jenis batu permata putih..Diamond pure, harga dia memang mahal..Untuk harga RM300, korang hanya dapat diamond saiz nokhtah..Memang kecik..tapi kalau nak batu besar dan murah, belilah zirkon..Batu zirkin ni, bukan diamond yang keluar dari lombong tu tapi diamond buatan manusia..dengan harga RM300, korang boleh dapat batu yang agak besar..Dari segi kualiti, memang ada beza tapi bagi aku sama je shine dia..Tapi untuk cincin ataupun loket, selalunya goldsmith tak ikat dengan emas 916, sebab emas jenis ni agak lembik..Nanti batu mudah tertanggal..So goldsmith selalu guna emas 750 sebab struktur dia yang lebih kuat..Batu tak mudah jatuh..

Semua information ni aku dapat masa nak beli emas..Setiap kedai emas yang aku pergi, memang aku tanya banyak sebab nak tahu kualiti emas..Nasihat aku, those yang nak beli emas tapi dalam keadaan budget macam aku, do survey and compare the price first..jangan ingat harga emas sama so semua kedai harga sama..Harga berbeza mengikut upah..Keadaan geografi kedai jugak memainkan peranan harga..Tak salah beli kat kedai yang cokia tapi harga berbaloi..

Monday, January 18, 2010

mas kahwin

lewat kebelakangan ni, kecoh sekejap selangor naikkan harga mas kahwin..bagi aku, patutnya mas kahwin tak payah nak dijadikan isu..mas kahwin tujuan dia untuk mengangkat martabat perempuan..baru nampak harga diri perempuan..bukan aku nak kata yang harga diri perempuan bernilai banyak tu aja..tapi, atlis adalah something untuk seseorang perempuan kepada diri sendiri dari sang suami.. sebab, duit mas kahwin adalah milik mutlak pengantin perempuan..kalau jadi apa2, perempuan ada sesuatu ditangan..seperti yang kita sedia maklum, zaman dulu kebanyakan perempuan tak bekerja..sumber kewangan 100% dari suami..jika dilanda kesusahan, duit mas kahwin ini bolehlah digunakan untuk membantu semasa kecemasan..

cuba bayangkan kalau mas kahwin rm22, itu sajakah nilai seorang perempuan..dengan duit sebanyak tu, apakah yang boleh digunakan dizaman sekarang..bagi aku, mas kahwin ni penting untuk perempuan kerana jika jadi apa2, adalah back-up..dan dengan adanya mas lahwin, ia turut mengangkat martabat perempuan ni bernilai..bukan boleh dapat free je..biar mengajar lelaki menghargai isteri yang dinikahi..selalu benda free, orang tak jaga sangat,tapi kalo dia kena berusaha untuk dapatkan, kena bayar, barulah tahu nak jaga betul2..

dari segi nilai, bagi aku wang bukan nilai yang mutlak..duit hanyalah sekeping kertas..makin lama, nilainya makin menyusut..tak macam emas..sebenarnya, emas adalah yang terbaek untuk dijadikan mas kahwin kerana nilainya meningkat selari dengan pasaran..duit nilainya menyusut, inflasi..sebab tu, zaman dulu perniagaan menggunakan emas..nama mas kahwin pun mas..penggunaan emas adalah yang terbaek sebab nilainya yang lebih stabil..jadi, emas adalah medium terbaek digunakan sebagai mas kahwin..

sekarang ni pun dah banyak emas dijual..bukan setakat dalam bentuk barang kemas, tapi untuk simpanan pelaburan..contoh macam kijang emas, dinar emas, jongkong emas..emas2 ni kalo disimpan lama2, nilai dia semakin naik..tahun lepas, harga 1 dinar emas dalam 487..tapi setahun lepas tu, nilai dia meningkat selari dengan harga pasaran..emas yang kita simpan tu nilai dia dah bertambah 100..tapi, nilai duit semakin menyusut..taon lepas, dengan duit sebanyak rm100, boleh beli gula sebanyak 50kg..tahun ni boleh beli sebanyak 45kg gula..maknanya, nilai duit kita pada tahun ini telah menyusut kepada rm91..inilah dinamakan inflasi..jadi, apakah yang lebih baik..emas atau duit..kepada perempuan, fikirlah masak2 apa yang terbaik..kalau nak tahu lebih detail, klik jutawan emas.

image contoh dinar emas

tapi bagi aku, aku syorkan public gold..sebab senang nak beli, ejen akan datang kat kita, tak payah kita nak bersusah payah pergi kedai..spread dia better sikit compare dengan dinar emas yang lain.

Thursday, November 12, 2009

rezeki

bulan ni da masuk bulan ke5 aku dialam pekerjaan..alhamdulillah, berkat rezeki n doa mak ngan ayah kot..elok pas abes blaja aku teros dapat kerja yang sesuai dengan degree aku..lat 4 bulan pas kerja ni, cimb lak panggil aku..dah lah aku tak mintak, dalam ramai2 yang pergi interview aku dapat position ni..rezeki makin murah cimb offer aku for permanent..memang aku syukur sangat dengan rezeki yang aku dapat ni..mungkin salah satu sebab, sebab aku nak kawen kot..en jejaka memang awal2 lagi dah bagitau, pas kawen die nak aku dudok dgn dia..even aku terpaksa berhenti keja kat melaka ni..tapi sekarang tak payah benti keja la sebab dah dapat keja kat kl nun..cuma sedeh aku nak tinggalkan mak n ayah kat kampung..baru 4 bulan aku dok kampung dah kena klua balek..sian plak aku kat parent aku tapi aku pergi untuk dorang gak..kalau aku ada kerja yang stabil, untuk kesenangan dorang gak..

aku terpikir gak naseb kawan2 aku..ramai je lagi stil tanam anggor even result stok2 dL..aku yang result cukup2 makan ni senang lak dapat kerja..mayb bila memang dah pasang niat nak kawen so ALLAH permudahkan rezeki aku..cepat dapat kerja so cepat lah aku kumpol duit kawen..

berkat mak n ayah tu pon penting gak..para pensyarah yang dok jerit ngaja (tapi lecturer aku kat puncak semua steady je..tade jerit2..aja kelas pon relax je nak ponteng2)..cakap pasal lecturer ni aku ada sorang lec fav aku..dari aku diploma part1 sampai la aku degree part6, bole kata everysem aku akan masuk kelas dia..dah masak sangat dah ngan peel die..stok lawak atk hingat la dia ni..dalam kelas selamba je dance ice2 baby..lecturer paling kewl tapi jangan la ponteng kelas die..tak pon asignmen lambat..memang die hangin gila..kitorang kat dalam kelas die memang tak sempat nak ngntok..dok bantai gelak je..kadang2 gelak sebab die gelak..memang lawak dia tu..denga dia ketawa je dah cukup lawak..lagi satu yang paling besh en yamin ni tak kedekut markah..yang penting komitmen..dia akan tolong studen..die jugaklah yang banyak nasihat aku pasal stadi, life...pasal berkat..ayat dia yang paling aku tak leh lupa bila dia cerita pasal berkat..dia kata, kalau nak buat jahat sekalipun tapi masa test or final jangan la tiru..kalau tiru konfem ko susah nak dapat kerja(unless ko keje kat company bapak ko ataupon kroni2 ko)..masa buat asignment, jangan just menumpang je..buat kerja sama2..kalau grupmet tak redha, tak halal markah tu..tak berkat tau..ni lah antara pesanan2 die..memang berbekas kat aku sebab masa dia cakap aku blaja stil main2..insaf aku bila dia sebot pasal berkat, pasal kerja..



en yamin yang lawak

tapi apa yang aku boleh kata dalam cari kerja ni, berkat tu penting..aku takde lah nak riak kata aku sangat diberkati tapi aku juz folow apa yang orang kata bagus..even aku tak pandai mana tapi aku cuba buat asignmnet aku sehabes boleh even ada grupmet aku yang selamba je tak buat kerja dengan alasan laptop rosak, ade photoshoot la (bajet model terkenal)..apa la..even aku tak sempat stadi untuk test sebab aku kena buat asignment yang banyak sebab grupmet aku yang lain ada yang bz kan diri dengan tdo takpon pergi meronggeng bersama jejaka kat luar setiap malam..biarlah markah test aku rendah, asalkan aku buat sendri..kesimpulan die, belajar la bersungguh..jangan dok nak nyusah kan orang je..









Tuesday, November 10, 2009

budaya perempuan muda berkerjaya


sekarang ni aku baru melepasi satu fasa baru dalam hidup aku...alam pekerjaan..yes, im working rite now..aku bukan lagi anak2 yang masih belajar..tapi aku masih belajar tentang hidup..sekarang bukan masa aku nak bukak buku teks untuk tahu jawapan..sekarang aku kene fikir dan hadapi untuk tahu jawapan tentang hidup..dah takde dah jawapan2 tentang hidip dalam buku teks atau manual..jawapan tu semua ada pada pengalaman..antara pengalaman pertama aku lalui adalah cara pergaulan..ape yang aku perhatikan, pergaulan semakin bebas membuatkan aku sendiri takot..takot nak dekat dengan manusia yang macam ni..

Pic:Korang pikir sendiri relevance die.

aku pon berkawan gak dengan lelaki..aku pon ade kawan lelaki..aku pon selalu lepak malam2 kat mamak..aku pon keluar malam..tapi apa benda pon yang buat, bagi kau antara lelaki dengan perempuan still ada batasan..macam mana rapat pon aku dengan lelaki, even salam pon aku seboleh2 untuk elak..inikan pulak bende2 lain..maybe kesan kerana perangai aku yang agak kasar menyebabkan aku tak selesa untuk cakap lembut2 dengan lelaki..atau tergedik2 dengan lelaki..takde istilah bermanje dengan lelaki..kecuali dengan tunang aku..die je yang dapat merasa kelembutan aku..untuk lelaki lain, aku selesa dengan kekasaran aku..tapi geng2 bas skolah aku, yusz, nisa, mas, casper pon buat benda yang sama cam aku..even dorng tak sekasar aku tapi stil ade batasan dengan lelaki..adakah kami masih belum menerima budaya orang bekerja..

aku cakap ni sebab aku pelik bile aku lepak dengan segelintir teman yang aku rasa pelik keadaan nya..kalau bercakap dengan lelaki, kalau tak bertepuk tampar tak sah..kawan perempuan yang lain tak nak pulak ko bertepuk tampar...ngan lelaki je terasa nak buat..maybe aura tepuk lelaki lagi meninggalkan kesan kegembiraan berpanjangan..tak kisah la laki orang ke, sapa ke..lepas tu, bangga bergambar seakan2 berpeluk walaupun yang perempuan tu status tunang orang, yang lelaki tu laki orang..dorang ni selamba je sebat..tapi most of the situation yang perempuan tu landing kat boys..lelaki as usual memang terima je kalau perempuan nak bagi free..tapi yang perempuan ni bangga kasi lelaki menyentuh tubuh badan die..memang berlapik baju tapi manis ke kalau perempuan dan lelaki tanpa ikatan pose gambar berpeluk2..dengan berstatuskan teman opis..

cakap lak kalo tak ade slang mat saleh tak sah..cakap bahasa melayu tapi slanga inggeris..aku sungguh pelik dengan keadaan camni..mungkin aku terlampau orthodox nak terima budaya pergaulan bebas dan cakap ber slang ni kot..sebab tu aku rasa tak selesa tengok benda2 ni..pemikiran aku terlampau konservatif sebab masih membuat batasan untuk kawan2 lelaki..akukah yang kolot..nak terima budaya ini...

Monday, August 17, 2009

perubatan traditional secara moden

penyakit batu karang selalu nye melibatkan pundi kencing yang bermasalah untuk kencing..samada saket masa nak kencing, tersekat-sekat atau pun kalau da paling kronik, mase kencing siap klua darah..my dad was face d prob..he cant simply throw pee...jumpe doktor die kate air kencing koto tapi da lama sangat tp tak baek2 gak..so, my dad tried traditional medication..korang mesti selalu denga kalo perubatan traditional tu, mesti macam ala2 bomoh..perasap sana sini..aku bukan nak promot, but i juz wan to share wif my fren bout what i've seen..tempat berubat ni terletak di kampung durian tunggal, melaka..rumah die biasa je, tapi serius memang ramai orang..dari jaoh2 sampai ke kajang pon ada.. siap kene amek nombor kalo sape yg nak berubat..n die siap pasang tempat caling nombor cm kat klinik o bank tu..yang orang paggil nombor giliran...kalo lambat datang, memang nombor abes...waktu operasi dari pukol 6 pagi until 4 petang..even my dad came at noon, his number is 114 and that time d number on that time is 40...so, he came again at 4 p.m..so, when his turn, he seen d doctor'.. firstly, doctor asked him his name, mother's name and the problem..die urut area ari2..he said, u have problem wif ur prostat...then die amek pen die, bukan sebarang pen ya..pen ini pen khas doctor ni..die cucuk pen tu kat my dad tumy. die urut2 sket tempat ari2, plup...batu karang ayah ku suda terkeluar di perut..it was so amazing..wihout any operation, he bring out the batu karang ...my dad didnt feel hurt mase batu tu kluar..juz mase kencing die baru trase pedeh sket..kejap je bende ni..cuba bayangkan, kalo jumpe doktor berapa lama nak tunggu mereka detect saket ni..then kene wat operation lak..memang maken kronik la jawabnya..at d end, he gave my dad drink then he said my dad kene pantang daging..takleh makan daging langsung..luckily my dad memang tak suke daging...lagi satu yang sangat impresive about this man, die tak tetapkan pon berapa bayaran..die juz sediakan tabung derma ikhlas..realy nice this man..