Monday, July 19, 2010

JUSCO

Brand review kali ni, JUSCO BRAND.


Kalau nak berjimat tapi nak beli baju stailo yet murah dan berkualiti, brand baju JUSCO antara yang sesuai. Expecially untuk perempuan. Memang berbaloi. Antara brand JUSCO yang paling femes adalah SCARLET. Memang aku recommended sangat-sangat lah brand jusco ni.


Ada macam-macam range SCARLET punya pakaian, dari luar ke dalam, baju santai ke baju office, semua jenis dia ada. Harga pulak memang agak berbaloi. Range harga start dari RM10 sampai la RM89 (selalunya harga 49 ke bawah dah molek benar da).


Bukan setakat untuk size yang petite, SCARLET pon ada untuk si biggie. Kak Ngah aku yang pakai size xxxl yang selalu dok merungut takde baju yang sesuai tapi dekat SCARLET Plus dapat baju yang stylish, murah dan ada size dia. Suka betul dia.


Tips #1. Kalau yang berbadan besar, perut besar, pakai preganancy pants boleh mengundang keselesaan.

Untuk panties, aku memang suke dengan panties SCARLET. Design dan color yang menarik. Fabrik panties, dari jenis lycra which is comfortable for female inner wear. 1 more thing, panties SCARLET tak cepat kembang. Boleh pakai lama la senang cerita. Cuma bra dia agak kureng sikit. Cantik tapi boleh lah nak pakai dalam 3 bulan. Maklumlah, harga pon RM 10 je. Panties dia pon harga RM10 gak tapi lagi berkualiti dari bra dia.

Tips #2 Beli Bra yang memang brand khas untuk inner wear. Sedikit mahal, tapi berbaloi sebab selesa dan tahan lama. Sistem support yang stabil, nak-nak untuk yang breast besar. Kadang-kadang melabur untuk perkara anugerah berbaloi jugak. Nak pakai lama biar maintain terbaek kan, kena la spend sikit. Tapi since sekarang ni musim sale je selalu, dah banyak Bra jenama mahal (etc :- Audrey, triumph) boleh dibeli dengan harga murah. RM 20 pon dah dapat selai.

Tops pon tak kurang hebat gak kat sini. Semua jenis top lawa-lawa dan stailo kat sini. Office wear, elegance, kasual, just name it. Kebanyakan design- design nya adalah version copy dari femes brand lepas tu remake supaya golongan-golongan yang nak bergaya tapi duit tak berapa banyak boleh pakai design mahal. Memang stailo lah kan. Material SCARLET sekarang pon dah maju. Dah guna fabric yang selesa, bukan kain panas keras cam dulu lagi.


Sekarang ni Jusco tengah sale. Pergilah cuci mata puaskan nafsu.

No comments:

Post a Comment