Sejak kena menanggung hidup sendiri ni, aku suka pergi Mydin. Aku suka beli barang di Mydin. Nak beli apa2, pergi Mydin je. Setiap bulan aku beli barang dapur di Mydin. Memang berbaloi.
Barang2 kat Mydin kebanyakkan murah dari kedai lain. Cuma barang2 yang memang dah gomen tetapkan harga samalah harganya macam gula, minyak n beras.
Tapi aku kurang gemar pergi Mydin di KL. Aku rasa sangatlah tak selesa. Mydin Melaka je yang aku rasa suka sangat. Semua yang aku nak ada kat sana. Dari barang rumah, baju kurung and even lingerie. Cakap pasal lingerie, aku tengok yang berjenama, harga cecah RM80, dekat jusco murah sikit, RM25 tapi dekat Mydin cuma RM19.90. Kain yang sama, design yang sama cuma beza pada brand je. So, mestilah aku pilih Mydin kan..hik..
Mydin Pudu antara yang paling tak selesa bagi aku. Dah lah pengunjung yang datang mostly bangsa asing macam Indon, bangla, nepal. Susah betul aku nak jumpa orang kita. (aku bukan rasist cuma rasa lain macam bila dikelilingi mereka2 ni. Rasa macam bukan dekat Malaysia). Toilet pulak, memang tak berbaloi nak bayar 30sen. Buruk dan kotor. Cuma barang2 dalam tu okielah. (tapi aku tak jumpa lingerie faveret aku. kat melaka je ada kot). parking pulak, dah la kena bayar, HOROR sangat okeh! kenapalah Mydin tak nak upgrade cawangan dia yang dekat Pudu ni.
Mydin Selayang pulak, sempit dan rasa usang. Barang2 pon tak banyak. (Barang2 keperluan aku, bukan barang2 orang lain). Parking pulak limited. Pandai2 hang la cari parking area situ. Most of the time, kawasan situ agak sesak. Jalan sempit.
Setakat ni, Mydin USJ agak okie compare dengan Mydin2 KL yang lain. Agak nya konsep Mydin ni sama macam dekat Melaka kot. Tu yang aku rasa selesa je.
Yang paling aku suka, Mydin Melaka. Parking banyak, toilet bersih dan cantik, pengunjung2 dia orang Malaysia (ada jugak bangsa asing tapi takde lah sampai memenuhi ruang macam kat KL). Paling menarik, barang2 dia semua best. Murah dan semua barang senang nak dapat kat sini. Groceries complete, baju kurung dan barang2 lain agak senang nak dapat kat sini.
Mydin ada membership card macam shopping complex lain. Nama dia Meriah. Aku tak paham kenapa nama dia Meriah. Point bukan meriah sangat pon. even dia punya hadiah redeem pon taklah meriah langsung okeh..Setiap RM1, dapat 1 point. Latest hadiah aku tengok, kalau ada berpuluh ribu point, dapatlah voucher RM50. Meaning, kena spend puluh ribu nanti baru dapat voucher RM50.
Tapi walaubagaimanapon, shopping di Mydin memang berbaloi. Nak2 untuk orang macam kami yang suka berjimat cermat. Memeang sesuai..i like…hik..
ini adalah Mydin
No comments:
Post a Comment