Friday, June 22, 2012

Makan-Makan di Kuantan

 

Cerita dah lama. Since Kuantan terletak di tepi laut, so bila pergi Kuantan mesti cari makanan yang seafood based.

 

Malam pertama, ikan bakar. Tak ingat nama tempat nya tapi sekitar situ memang banyak kedai ikan bakar. Full house saja semua nya.

 

chintakami

 

chintakami

 

Ikan Bakar kuantan tak sama ye dengan ikan bakar Melaka. Perbezaan ketara, tak ada nasi lemak dan sambal kicap. Ikan bakar nya lebih kepada seafood yang dimasak pelbagai jenis seperti masak halia, masak petai dan menu2 standard yang lain.

 

Keesokan minum petang di Beserah. Rasa nya pukul 1 baru start bukak kot kedai ni.

 

chintakami

 

Aku tak tau apa nama nya bulat2 ni tapi rasa dia macam pulu panggang tapi version goreng. Dalam tu inti serunding ikan.

 

chintakami

 

Yang bawah ni bebola ketam.

 

chintakami

 

 

chintakami

 

Menu2 yang ada otak2, keropok lekor, akok, pulut panggang, udang goreng, laksam dan satar. Kesemua adala marvelous.

 

chintakami

 

Udang tu aku rasa paling terbaik dan murah. Sebatang ada 6 ekor, harga rm3 je. udang sangat fresh, manis je terasa.

 

 

chintakami

 

Yang ni pun nak makan jugak. Dia lah paling comot antara semua.

No comments:

Post a Comment