Wednesday, May 2, 2012

Hari Pekerja 2012.

 

Tahun ni aku meraikan hari pekerja sebagai suri rumah. 2 tahun jadi pekerja, now penganggor. err, ke suri rumah eh sesuai.. *confuse*

 

Tak ada apa2 aktiviti menarik sebab si pekerja tidur bagai nak rak. Cuaca lak hujan, memang mood nak keluar pun takde, mood tidur je yang ada.  Hannah pun join sekaki, tidur sesama ngan babah. Siap guard babah tak bagi bangun.

 

 chintakami

 

 

 

Memula memang plan tak nak keluar tapi malam nya terpaksa keluar sekejap sebab pukul 8pm, Hannah mengarok tak nak letak. Alkisah nya sebab siang babah ada cakap “malam ni kita keluar isi minyak”. Macam paham2 je minah tu, pukul 8 dia boleh start mengarok taknak letak. Elok nampak asri pakai baju, mood terus okie. Elok je main ketawa2. Memang kena keluar jugak la nampak gayanya.

 

Lepas isi minyak terus ke Selayang Mall. Kaki gatal masuk First Lady. Aku tengok shawl dia lawa dan murah. Harga start RM7 kot. Yang lawa sikit dalam RM 10. For starter, beli satu je dulu. Kalau sedap, boleh borong terus. :)

 

chintakami

No comments:

Post a Comment