Friday, March 9, 2012

Ada Akal Tak nak berfikir

 

maybe ada yang assume aku tengah marah. well bukan marah, tapi sedih. sedih dengan mentaliti manusia.

 

alkisah nya, aku ada berbincang @ berborak pasal pil perancang. bagi aku, tak salah aku makan pil tu atas sebab kesihatan. bukan nak tolak rezeki. disebab kan kawan2 aku pun ramai yang dah kahwin, (belum kahwin ada tapi semua dah matang untuk berfikir) so kami selambe je cerita benda ni di umum.

 

tiba2 ada seorang hamba allah ni, kami tak pernah bertegur, dia tak pernah kenal aku tiba2 masa menyuarat tepi jalan bercerita dia malu aku sibuk cerita aku makan pil perancang..kekdah nya dah menjaja cerita dalam kain. kesian aku kat kakak ni, aku tak salah kan dia.. yelah, lepas sekolah kat kampung dulu terus ikut suami berhijrah ke kota besar. jadi suri rumah. pengetahuan tentang perkara sekeliling  tak berapa meluas. bila orang cerita pasal pil perancang terus melatah katanya cerita dalam kain. terlampau kecil skop pemikiran dia.

 

mungkin dia tak tahu, untuk mengelakkan luka operation terbuka semula, ibu yang deliver secara czer tak boleh pregy dalam masa 2tahun. untuk menghalang, pelbagai  kaedah perubatan dicipta. perkara ini telah diwar-war kan ke semua orang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. ilmu sebegini kena disebarkan supaya kurang nya kes pregnant ketika luka masih belum sembuh.

 

walaupun surirumah, kena lah berilmu jugak. jangan lah hanya tau ber FB petang-petang keluar menjaja cerita orang sekeliling pulak. bagi aku, suri rumah lagi lah kena ada ilmu sebab kita dirumah solely ajar anak-anak. nak anak pandai, mak kena lah pandai sekali. kalau tak, macam mana nak didik anak. oh ye, tolong luaskan skop PANDAI. pandai bukan bermaksud tahu ABC, tapi pandai makna nya tahu menggunakan akal.

1 comment:

  1. sabar je la..kadang2 ade org mcm tu....nak buat macam mane kan.

    ReplyDelete