Sunday, June 13, 2010

Mydin #2

Sejak kena menanggung hidup sendiri ni, aku suka pergi Mydin. Aku suka beli barang di Mydin. Nak beli apa2, pergi Mydin je. Setiap bulan aku beli barang dapur di Mydin. Memang berbaloi.

Barang2 kat Mydin kebanyakkan murah dari kedai lain. Cuma barang2 yang memang dah gomen tetapkan harga samalah harganya macam gula, minyak n beras.

Tapi aku kurang gemar pergi Mydin di KL. Aku rasa sangatlah tak selesa. Mydin Melaka je yang aku rasa suka sangat. Semua yang aku nak ada kat sana. Dari barang rumah, baju kurung and even lingerie. Cakap pasal lingerie, aku tengok yang berjenama, harga cecah RM80, dekat jusco murah sikit, RM25 tapi dekat Mydin cuma RM19.90. Kain yang sama, design yang sama cuma beza pada brand je. So, mestilah aku pilih Mydin kan..hik..

Mydin Pudu antara yang paling tak selesa bagi aku. Dah lah pengunjung yang datang mostly bangsa asing macam Indon, bangla, nepal. Susah betul aku nak jumpa orang kita. (aku bukan rasist cuma rasa lain macam bila dikelilingi mereka2 ni. Rasa macam bukan dekat Malaysia). Toilet pulak, memang tak berbaloi nak bayar 30sen. Buruk dan kotor. Cuma barang2 dalam tu okielah. (tapi aku tak jumpa lingerie faveret aku. kat melaka je ada kot). parking pulak, dah la kena bayar, HOROR sangat okeh! kenapalah Mydin tak nak upgrade cawangan dia yang dekat Pudu ni.

Mydin Selayang pulak, sempit dan rasa usang. Barang2 pon tak banyak. (Barang2 keperluan aku, bukan barang2 orang lain). Parking pulak limited. Pandai2 hang la cari parking area situ. Most of the time, kawasan situ agak sesak. Jalan sempit.

Setakat ni, Mydin USJ agak okie compare dengan Mydin2 KL yang lain. Agak nya konsep Mydin ni sama macam dekat Melaka kot. Tu yang aku rasa selesa je.

Yang paling aku suka, Mydin Melaka. Parking banyak, toilet bersih dan cantik, pengunjung2 dia orang Malaysia (ada jugak bangsa asing tapi takde lah sampai memenuhi ruang macam kat KL). Paling menarik, barang2 dia semua best. Murah dan semua barang senang nak dapat kat sini. Groceries complete, baju kurung dan barang2 lain agak senang nak dapat kat sini.

Mydin ada membership card macam shopping complex lain. Nama dia Meriah. Aku tak paham kenapa nama dia Meriah. Point bukan meriah sangat pon. even dia punya hadiah redeem pon taklah meriah langsung okeh..Setiap RM1, dapat 1 point. Latest hadiah aku tengok, kalau ada berpuluh ribu point, dapatlah voucher RM50. Meaning, kena spend puluh ribu nanti baru dapat voucher RM50.

Tapi walaubagaimanapon, shopping di Mydin memang berbaloi. Nak2 untuk orang macam kami yang suka berjimat cermat. Memeang sesuai..i like…hik..

image

ini adalah Mydin

Untuk Isteri Kaki Bola

Bila World Cup start je ramai yang kecoh. Semua orang kecoh cerita pasal bola. Tokei sibuk dok keluarkan produk pasal bola. Iklan semua cerita pasal WC, pasal bola. Yang perempuan pulak akan cakap husband@partner masing2 dah ignore kan dia. TV dah kena book awal2. Kalau ada game, kena lah bagi laluan. Makan hati jugaklah nak tengok drama tak dapatkan. Malam2 tengah syok tidur tiba2 je tidur sorang2. Ni semua penangan WC.

Tapi bagi isteri@GF peminat bola tegar, tak ada bola pon sama je. Konsep dia, asal ada game je memang tengok bola adalah agenda utama.

Sejak dari zaman bercinta, bertunang sampai dah kahwin ni pun kami dok layan bola bila ada game sebab Asri memang peminat bola tegar. Cuma masa sebelum kahwin, jarang dapat tengok sesama sebab masa yang terhad. Tapi setiap kali kalau tengah keluar ada game, maka tema malam itu ialah menonton bola (game bole yang seosonal macam epl, barclay or apa2 cup ang club main mostly tayang malam waktu Malaysia). Dah kahwin ni, memang setiap kali ada bola, setiap kali tu lah aku ngan Asri dok lepak mamak (rumah aku tak ada Astro, Asri pulak memang bila dia keluar nak aku teman maka aku pon terjebak sama tengok bola).

Bagi aku, kalau dah dapat kekasih yang kaki bola, layankan je lah. Kalau busan sangat, buat lah apa yang patut. Macam aku, masa teman Asri, aku layan la cik tenet. Kalau tak ada WiFi, tengok je lah bola tu skali. Busan memang la busan jugak, tapi dah dia insist ajak teman, teman je lah.

Bagus jugak dia layan bola, dari dok nak layan perempuan je, mau lagi makan hati. Nama pon perkongsian hidup kan, maka kongsi je lah hobi dia kalau tu mendatangkan kebahagian.

Macam aku, sebab Asri selalu cerita pasal player bola lah, cerita bola,  game tu lah, game ni lah so aku agak aware pasal bola ni.Secara tak langsung, aku dapat info. Aku pon tau jugaklah pasal bola. Kenallah player2 dunia. Tau lah apa yang berlaku.

Bukan jadi hipokrit, cuma kita berkongsi apa yang dia minat. Takdelah dia rasa takde tempat nak berkongsi hobi. Lagipon Asri pon sanggup melayan aku dengan hobi aku. Tak salah lah kalau aku pulak layankan hobi dia kan.

Bila ada bola, mesti ramai isteri yang makan hati kan. Yelah, dah lah tak dapat tengok drama, en suami pulak sibuk dengan bola tak endahkan benda lain. memang la hati rasa tersirap je kan. Sebab tu aku cakap tadi, share jelah minat dengan dia. Secara tak langsung, kita terima dengan hati tenang. Kalau susah sangat, surf or buat lah apa yang patut. Lepas tu, deal elok2. Bila kamu nak tengok TV, bila time dia boleh tengok bola.

Untuk para suami@kaki bola, agak2 lah bai tengok bola.

 

image

pakai la macam ni masa teman en suami tengok bola. Mesti die tengok bola kejap je nanti..haha..

Saturday, June 12, 2010

Lagenda Budak Setan

Aku tengok cerita masa hari pertama tayangan dia.Punyalah semangat nak tengok cerita ni sampai tengok midnite movie masa weekdays. tak menyempat-nyempat nak tunggu weekend.

Bukan apa, aku ngan asri memang baca novel ni masa zaman kami sekolah dulu. Aku baca sampai novel ke-3 tu, KASYAH. Mau tak excited bila cerita kegemaran jadi movie lak kan.

Punyalah feeling aku baca novel ni. Yelah, macam cinta agung kan. Memang aku feel yang betapa Kasyah yang handsome kacak bergaya tapi jahat nak mampos jatuh cinta dekat ayu. Cinta yang memanng cinta maut pulak tu. Masa baca novel tu, kesedehan kasyah kehilangan ayu sangat2 lah dirasai betapa sengsaranya kasyah tanpa Ayu.

So aku mengharap kan akan nampak jelmaan Kasyah yang handsome kacak bergaya tapi nakal ini didalam movie. Tapi aku tak dapat feel pon kesetanan Kasyah macam dalam novel. Derita dan cinta Kasyah pon aku tak sempat nak feel.

Bagi aku, novel lagi detail dan penuh penghayatan. Movie dia, aku cuma boleh katakan ini adalah sinopsis daripada novel Lagenda Budak Setan, bukan movie Lagenda Budak Setan.

Aku tak rasa pon yang Kasyah derita kehilangan Ayu (dalam novel Kasyah ambil masa lama nak bangkit kembali sampai rambut tak terurus, nak jumpa Ayu yang dah berubah muka pon ambil masa). Pendek kata, sebab novel yang detail, maka aku dapat rasa betapa Kasyah tengah derita.

Tapi masa tengok movie, kami asek rasa “Eh, dah sampai sini, eh, Ayu dah ada..tiba2 je Ayu mati. Gila tak sempat nak feel cinta agung dan kesedehan.

Bagi yang belum tengok, aku cuma boleh rate movie ni 1 out of ten. Yang best dekat sini adalah lagu movie ni je. Terasa membazer lak duit tiket couple seat kami. *Hish*

lagendabudaksetan …poster agak menarik..