Sunday, January 31, 2010

melengkapkan borang nikah

dalam ghairah untuk siapkan barang-barang majlis, sebenarnya ada beberapa perkara penting yang bakal pengantin kena sediakan..kalau tak, alamatnya tak dapatlah nak menikah..

perkara pertama yang penting untuk menikah adalah menghadiri kursus kahwin..rata-rata kelas kursus kahwin berharga RM80 seorang merangkumi makan 2 hari dan buku-buku+sijil..yang perempuan, kalau anda free hair sekalipun tapi digalakkan pakai tudung..hormati majlis ilmu walaupun dalam kelas tersebut penuh dengan kelucahan yang aku rasa agak lari topik sebenarnya..banyak juga topik dalam silibus yang sebenarnya memang memang mengajar mengemudi alam rumah tangga dari mula sampai akhir..contoh, ekonomi rumah tangga, kesihatan dan akhlak suami isteri..taoi, boleh kata setiap seksyen dan setiap topik berkisar tentang alam rumah tangga..tapi bagi aku, tak banyak ilmu ibadah dalam perkahwinan, tapi lebih kepada ibadah “yang palin wajib”..kalau yang masih belajar di universiti, pergilah ambil yang pihak uni sediakan..lagi murah dan senang..nanti bila dah kerja, dah nak kahwin baru ambil agak kelam kabut nanti..macam kami, kami ambil kursus yang dianjurkan UiTM..murah dan senang..satu kepala baru rm40..separuh dari harga diluar..

selesai kursus kahwin, baru boleh ambil borang nikah..kenalpasti kawasan tempat tinggal kamu masuk dalam kariah marna kemudian baru pergi ke jabatan agama yang ditetapkan..dah dapat borang, yang lelaki pergilah cari imam untuk jadi saksi..isi borang cepat-cepat lepas tu bagi kad pihak perempaun..ada setengah tempat, kena tempah kadi, ada yang senang dapat kadi..kalau bernikah luar kawasan, dapatkan borang kebenaran nikah luar kawasan..bila part lelaki punya borang da siap, barulah boleh bagi ke pihak perempuan borang2 yang penting mesti lengkap diisi.ada setengah negeri, mereka tetapkan bayaran untuk borang nikah..macam selangor, borang nikah percuma. Melaka kena bayar rm5 untuk borang nikah.

dalam set borang nikah, mesti ada surat kebenaran nikah, HIV test, sijil kursus perkahwinan, surat akuan bujang, fotostat ic sebesar 150% pembesaran dan gambar untuk kad nikah.

Untuk test HIV kami kena bayar rm1, standard charge gomen hospital.mesti kena buat buat di klinik kesihatan, tak boleh pergi private..waktu dia pulak memang dah fix waktu petang saja..borang boleh ambil dikaunter pendaftaran..cakap je ank buat test HIV nanti mereka akan suruh isi borang kemudian tunggulah giliran..kami datang pukul 2petang, buat test pukul 3.30..siap test pukul 3.35..tak lama pun buat test ni..cucuk jari then letakkan dekat alat macam test pregnancy tu, terus dapat result..tapi result dia tak 100% betul sebab ni rapid test..(nurse yang cakap)..yang buat lama, menunggu giliran…biasalah, servis kerajaan kan..

surat akuan bujang tu penting untuk orang yang masih bujang..boleh mintak kat pejabat tempat kamu bekerja untuk keluarkan surat pengesahan ataupun those yang kerja sendiri atau tak kerja, boleh lah mintak sidang kampung keluarkan surat akuan.kalau tak ada sidang jugak, carilah imam dekat kawasan tempat tinggal kamu keluarkan surat akuan bujang.tapi kalau yang duda atau janda mahu berkahwin semula., cuma bawak sijil cerai ataupun sijil kematian bekas pasangan…tapi kalau lelaki nak kahwin 2, tak tau pulak aku prosedurnya..

2 comments:

  1. baru lah bernas aku baca blog nih..sebab nya punyalah banyak benda nak kena pk tok kawen nih.Neway thanks...

    ReplyDelete