Sunday, January 31, 2010

patah tumbuh hilang berganti

semalam otw balek dari PD, SE aku dah kong..memang tak boleh nak on langsung..sampai rumah sebab kepenatan yang amat, membuatkan aku lupa nak charge hp..sampai rumah terus tidur..

dalam pukul 10 en jejaka bagitahu adik dan kakak aku telefon mengadu tak dapat hubungi aku..baru aku sedar bateri aku memang flat terus..tapi ini adalah anggapan aku sahaja..aku jadi pelik bila hampir 1 jam aku charge tapi hp aku tidak memberikan tindak balas..skrin hanya berwarna putih tapi tiada apa2 respon walaupun aku banyak kali aku cuba untuk menghidupkannya..

mimpi ngeri yang aku cuba untuk jauhi datang juga..aku terpaksa berpisah dengan SE sebab mereka di kedai kata ribbon dia rosak..nak repair kena tunggu tapi nak beli duit ngam2 untuk hari bahagia kami.

tapi macam biasalah..kesayanganku tak boleh tengok kalau muka aku semberut semacam.maka dia telah mengambil inisiatif yang tak aku duga..

bersaksikan selayang mall..berkat aku tawar menawar dan pusing keliling selayang mall, makan eskrem mcD untuk mendapatkan ilham akhirnya E71 berada didalam genggamanku..mula2nya aku confuse mana yang hebat..antara SE G900 ataupun Nokia E71..dua-dua sama gempak..SE G900 camera 5mp, Nokia E71 camera cuma 3.2mp tapi aku lagi sukakan design E71..lama aku fikir mana yang patut aku amek..atas galakan en tunang, maka E71 aku bawa pulang..yeay..terima kasih B sebab memahami diri ini..

 

nokia_e71_phonepesanan untuk E71: semoga kamu memberikan kerjasama yang baik macam SE aku dulu..

30 hari mencari mak andam

cari mak andam aku rasa most crucial part for the wedding preparation..aku nak mak andam yang make-up style macam make-up artis.. aku rasa agak susah sebab aku kat melaka, yang mostly mak andam n baju dia aku rasa masih dizaman ziana zain kahwin.tapi tak semua mak andam melaka macam ni..aku jadi pesimis macam ni sebab aku fobia..aku fobia sebab mak andam aku masa tunang make-up kan aku macam ziana zain sedangkan bertunang tahun 2008..dengan muka merah dan rambut sanggul ala-ala nyanya roguy, membuatkan aku rasa down masa hari bertuah aku..

so aku tekad, untuk majlis kahwin aku, aku nak mak andam yang mengamalkan cara make-up  fesyen yang up-to-date..bukan yang setia guna teknik andaman yang dia belajar 10-20 tahun lepas. KEBANYAKAN mak andam yang kawasan jauh dari bandar selalu nya macam ni..baju old skool, mekap traditional, pipi merah menyala, bedak putih melepak..

dalam pencarian aku, lebih daripada 30 mak andam di melaka aku survey..dalam banyak2 tu, dua saja yang aku berkenan cara make-up dia..satu andaman nor dekat bukit katil dan satu lagi andaman astana apa tah yang ada kelas solekan dekat bukit piatu.mula aku nak ambil mak andam bukit piatu ni, tapi fully book pulak..rupanya, paling lewat nak guna khidmat mereka kena book 6 bulan awal..so terpaksalah aku pergi ke pilihan nombor2.

andaman nor bukit katil okie jugak make-up dia..nampak natural.. yang bagitahu aku pasal mak andam ni kakak office aku..dia kata cousin dia make-up cantik guna andaman nor..kak su ni jenis seorang yang cerewet pasal bab-bab make-up ni, so bila dia da suggest macam tu memang aku percaya dengan taste dia..

memang dah jodoh aku dengan kak nor kot…nasib baek dia free lagi untuk 12&13 mac..so kakak aku terus book since famili aku semua dah penat melayan karenah aku pilih mak andam yang susah nak puas hati..once aku dah puas hati, meraka terus book..Senang, tak payah susah2 nak merayau lagi cari mak andam..

aku suka tengok cara make-up kakak ni..nampak natural..hope macam ni jugaklah make-up kahwin aku nanti..janganlah aku kembali ke zaman ziana zain kahwin lagi..pakej dia pulak agak murah..untuk 7 persalinan baju, make-up 2 kali, unlimited photography dan pelamin harga nya hanyalah rm1900.aku punya pelamin tak guna fresh flower pun sebab costly dan aku rasa membazir..at the end of the day, buang jugak bunga2..untuk penggunaan selama satu hari, aku kena spend sampai beribu kemudian buang, tak berbalaoi aku rasa..lainlah kalau baju ataupun doorgift aku berhabis sebab benda tu aku rasa boleh disimpan dan dijadikan kenangan selepas majlis..bukan macam fresh flower, beribu duit habis tapi lepas majlis  buang jugak..disebabkan badan aku yang kecik, aku kena guna kerusi yang tidak menenggelamkan aku diatas pelamin..nasib baek kakak ni baru buat set pelamin baru, dapatlah aku merasa kerusi yang sesuai..kebetulan, set pelamin baru ni yang ada pillar putih..memang sama dengan tema aku..

cuma aku agak terkilan bab baju..aku nak baju jawa, yang macam anak raden johari pakai (kalau orang jB kenal lah kot siapa dia..dekat nona pun pernah keluar cerita wedding mereka)..baju jawa yang memang purely jawa..tapi, yang ada baju jawa dari kain baldu..hilang feel jawa kat situ..aku bayangkan dia punya fabrik menggunakan batik dan lace..kalau adapun baju jawa, hanya untuk perempuan aja..tiada yang sepasang..so terpaksalah aku ambil jua yang baldu..

seperti yang aku jangka, baju untuk persandingan pun sama..tiada baju yang aku berkenan untuk aku pakai di hari persandingan..nasib baik aku dah tempah awal-awal..baju2 persalinan yang aku sewa hanyalah akan dipakai masa majlis berinai..alang-alang aku dah berhabis untuk buat baju sanding, mestilah aku akan pakai sepanjang hari, tak nak aku tukar-tukar..

dan yang paling special pasal kak nor ni, dia siap bagi kek kahwin free..3 tingkat tau.

mak andam placekantol buat projek di tempat mak andam

melengkapkan borang nikah

dalam ghairah untuk siapkan barang-barang majlis, sebenarnya ada beberapa perkara penting yang bakal pengantin kena sediakan..kalau tak, alamatnya tak dapatlah nak menikah..

perkara pertama yang penting untuk menikah adalah menghadiri kursus kahwin..rata-rata kelas kursus kahwin berharga RM80 seorang merangkumi makan 2 hari dan buku-buku+sijil..yang perempuan, kalau anda free hair sekalipun tapi digalakkan pakai tudung..hormati majlis ilmu walaupun dalam kelas tersebut penuh dengan kelucahan yang aku rasa agak lari topik sebenarnya..banyak juga topik dalam silibus yang sebenarnya memang memang mengajar mengemudi alam rumah tangga dari mula sampai akhir..contoh, ekonomi rumah tangga, kesihatan dan akhlak suami isteri..taoi, boleh kata setiap seksyen dan setiap topik berkisar tentang alam rumah tangga..tapi bagi aku, tak banyak ilmu ibadah dalam perkahwinan, tapi lebih kepada ibadah “yang palin wajib”..kalau yang masih belajar di universiti, pergilah ambil yang pihak uni sediakan..lagi murah dan senang..nanti bila dah kerja, dah nak kahwin baru ambil agak kelam kabut nanti..macam kami, kami ambil kursus yang dianjurkan UiTM..murah dan senang..satu kepala baru rm40..separuh dari harga diluar..

selesai kursus kahwin, baru boleh ambil borang nikah..kenalpasti kawasan tempat tinggal kamu masuk dalam kariah marna kemudian baru pergi ke jabatan agama yang ditetapkan..dah dapat borang, yang lelaki pergilah cari imam untuk jadi saksi..isi borang cepat-cepat lepas tu bagi kad pihak perempaun..ada setengah tempat, kena tempah kadi, ada yang senang dapat kadi..kalau bernikah luar kawasan, dapatkan borang kebenaran nikah luar kawasan..bila part lelaki punya borang da siap, barulah boleh bagi ke pihak perempuan borang2 yang penting mesti lengkap diisi.ada setengah negeri, mereka tetapkan bayaran untuk borang nikah..macam selangor, borang nikah percuma. Melaka kena bayar rm5 untuk borang nikah.

dalam set borang nikah, mesti ada surat kebenaran nikah, HIV test, sijil kursus perkahwinan, surat akuan bujang, fotostat ic sebesar 150% pembesaran dan gambar untuk kad nikah.

Untuk test HIV kami kena bayar rm1, standard charge gomen hospital.mesti kena buat buat di klinik kesihatan, tak boleh pergi private..waktu dia pulak memang dah fix waktu petang saja..borang boleh ambil dikaunter pendaftaran..cakap je ank buat test HIV nanti mereka akan suruh isi borang kemudian tunggulah giliran..kami datang pukul 2petang, buat test pukul 3.30..siap test pukul 3.35..tak lama pun buat test ni..cucuk jari then letakkan dekat alat macam test pregnancy tu, terus dapat result..tapi result dia tak 100% betul sebab ni rapid test..(nurse yang cakap)..yang buat lama, menunggu giliran…biasalah, servis kerajaan kan..

surat akuan bujang tu penting untuk orang yang masih bujang..boleh mintak kat pejabat tempat kamu bekerja untuk keluarkan surat pengesahan ataupun those yang kerja sendiri atau tak kerja, boleh lah mintak sidang kampung keluarkan surat akuan.kalau tak ada sidang jugak, carilah imam dekat kawasan tempat tinggal kamu keluarkan surat akuan bujang.tapi kalau yang duda atau janda mahu berkahwin semula., cuma bawak sijil cerai ataupun sijil kematian bekas pasangan…tapi kalau lelaki nak kahwin 2, tak tau pulak aku prosedurnya..

pencarian eumora

seminggu aku cari sabun ni..susah betul nak cari kedai yang betul2 jual eumora..mostly jual secara online..aku kurang percaya sikit beli online ni..kalau source yang reliable takpelah..kang kalau malaun mana tah..free je aku kena tipu..tambah pulak sekarang dah ada eumora palsu..lagilah aku takut nak beli eumora yang sebarang.

seminggu tak pakai eumora aku rasa white head aku naik balik..muka berminyak balik..semua ni buat aku rasa tak selesa dan inferior..dah lah wedding aku dah dekat..naya je kalau muka bermasalah sekarang ni..hal ini membuatkan aku tekad mencari eumora dari agen dia..pergi beli COD, tak mahu aku main delivery ni..nasib baik kesayanganku memahami keadaan aku yang kalau nak malam ni, malam ni jugak aku nak..

even dah pukul 9.30 malam kami keluar jugak redah cari kedai yang jual eumora..sebelum itu, ada jugaklah aku dok menelefon nombor-nombor penjual eumora tapi seorang pon tak berangkat.dalam pukul 10.30 baru yana dari keramat return call aku then cakap dia ada jual eumora..tapi pada mulanya dia enggan mejual pada malam ni..setelah aku desak dan meraih simpati barulah dia setuju tapi aku kena ke keramat.

jalan dah dipermudahkan tapi masih ada halangan.kami salah tempat temujanji..dalam setengah jam jugaklah berpusing kawasan jelatek ak cari transnasiaonal..naseb baek at last jumpa jugak dengan yana..pukul 11.30 dapat jugak apa yang aku nak..*i believe i can i can*..senang berurusan dengan yana..siap bagi discount, paper bag comel dan bekas sabun..

prdt_eumora_01

dalam satu kotak ada 4 bar..bole beli by bar @ kotak

Thursday, January 28, 2010

pesona ilham yang tidak mempesonakan

sekarang ni macam trend pulak tempah kad kahwin dekat bandung..murah memang murah, dengan harga rm1.50 (ni harga yang paling murah) dah boleh dapat  kad kahwin yang bergambar+berwarna yang cantik..kad yang sama, kalau dekat sini harga boleh cecah rm5..bagi aku, kad kahwin mahal2 pun, orang buang jugak..memang ada yang simpan, tapi berapa ramai..selalunya habis majlis, dah kemana-mana je kad canggih-manggih kita tu..

since budget kami yang kecik, aku taknak spend mahal2 untuk kad kahwin..kad kahwin kami harga dia 40sen/pc..tapi kena order 1000pc baru dapat harga macam ni untuk kad aku..kalau harga biasa, tempah kurang dari 1000, sekeping dalam 70sen..aku fikir, kalau aku tempah dalam 500 pc pun aku kena bayar untuk harga 1000pc baik aku tempah untuk 1000pc terus..lagipun kedai ni pun dah merata kedai aku cari baru dapat harga yang match dengan selera aku..sebelum ni kebanyakan yang aku jumpa, harga 50sen pun tak ada warna..kosong macam tu je..nak2 kedai dalam pertama..mahal dan design bagi aku kurang menarik..

kedai2 printing yang aku jumpa dekat pameran pengantin pun tak boleh bagi harga murah sengat sebenarnya..janganlah korang tertipu rasa pameran pengantin tu memang murah..

tapi kadang-kadang murah, kita tak boleh expect service yang sempurna dari kedai tersebut..macam kes aku, memang aku punya kad kahwin harga murah, tapi aku tak sangka layanan yang dia beri pun tahap murahan.

situasi #1

seminggu selepas aku hantar design, aku hantar design berserta map dalam bentuk image so kerja mereka sudah sedikit senang…jadi aku assume yang lagi senang dan cepat mereka design kad aku..just masukkan maklumat aku kedalam template yang ada ..masa aku datang kedai untuk tengok design, selamba je dia cakap tak siap.the best part dia salahkan aku sebab hantar design lambat..bila cek emel, baru sedar salah mereka..hangin je aku tapi masih boleh bertahan.

situasi #2

kali kedua aku pergi tengok design, 100% design yang dia buat aku tukar sebab aku tak berkenan..nasib baik dia sanggup nak layan aku untuk tukar semua design..masa nak verify design, printer rosak..so, aku tak boleh nak sign..tapi since design tu kami yang design so aku memang dah okie la..but she promise to send me an email..so I  assume we are agreed for that design and they can proceed my order.the process will take 2 weeks working day.

situasi #3

aku tunggu tunggu punya tunggu punya tunggu, satu email pun tak ada..aku pergi lagi sekali kedai pesona ilham untuk dapatkan kepastian..takut mereka print design pertama yang aku memang tak berkenan langsung..kali ni pun ada masalah, aku kena datang lagi keesokan hari sebab mereka tak dapat cari file aku..aku sangat tak faham sistem pengurusan apa yang mereka guna..agaknya prinsip mereka biar pelanggan sakit hati agaknya.

situasi #4

lagi 2 hari due date untuk kad aku siap, aku call untuk dapatkan pengesahan dan ambil tahu pasal progress kad aku..sangat kecewa bila mereka kata tak siap lagi sedangkan kad sepatutnya siap lagi 2 hari..tapi macam biasa, mereka kata bukan salah mereka.

situasi #5

hari ni, 28/1 sepatutnya kad aku siap..dari petang aku call tapi tak ada seorang pun yang angkat telefon..pukul 4.30 baru ada orang jawab dan tanpa rasa bersalah suruh aku ambil kad hari ahad..padahal sepatutnya aku ambil kad aku hari ini pukul 5 petang..bila aku tanya kenapa tak telefon bagitahu tentang kelewatan, selamba saja dia jawab memang customer yang akan telefon..mereka tak akan telefon..masalah sekarang ni, siapa yang mungkir janji lah kena bagitahu tentang kesalahan mereka..bertambah keliru aku memikirkan konsep hidup mereka..bukan setakat prinsip bisnes tah hapa2, konsep hidup sebagai manusia pun tak dapat nak dipraktikan..even dah macam ni, still nak salahkan aku..sangat keliru aku dengan cara mereka berurusan dengan pelanggan..buat kesekian kalinya aku dipersalahkan..aku bole terima kalau dia lambat siap sebab aku aku  faham keadaan syarikat tu..dapat staff yang tak efficient tapi telefonlah bagitahu, bukan menyalahkan customer.

dengan pengalaman aku ni, aku tak nak lah kalau ada yang terkena pengalaman macam aku..staff mereka sangat kurang skill menguruskan perniagaan dan skill berhadapan dengan pelanggan.

Wednesday, January 27, 2010

aku sudah tak sabar lagi

diam tak diam, lagi sebulan 2minggu je lagi wedding aku akan berlangsung..so far, banyak jugak yang dah siap..baju tinggal tunggu nak siap je..barang2 hantaran dah siap beli..tinggal nak gubah je..cuma buah dan coklat je belum beli..last minute nanti la baru beli benda2 tu..nasib baek aku dapat tajaan kek dari kakak ku sayang, kak su..ringan sikit kepala aku fikir pasal budget kahwin..=).doorgift untuk nikah, orang yasin, orang sebelah dan jemputan lelaki pun dah settle..tinggal doorgift untuk orang perempuan je aku belum beli lagi.lately aku agak busy untuk pergi survey dari kedai ke kedai..surf dekat internet je yang aku sempat..nasib baik mak aku dah siapkan barang2 makanan untuk dimasukkan ke dalam goodie bag..segala macam kuih dan kerepek mak dah tempah awal-awal..kurang sikit kerja aku..

pening jugak kepala aku fikir apakah doorgift yang sesuai nak bagi untuk jemputan perempuan..aku punya niat nak bagi something yang memorable yang orang akan simpan dan kenang..tapi masalah besar aku, budget aku agak kecil untuk hadiah yang macam tu..

yang paling aku exited nak tengok gown sanding aku..hari tu masa fitting aku dah rasa sangat teruja..design dia betul2 macam dalam bayangan aku..tu pun tengah plain lagi..thai silk belum di patch dengan lace and beaded..rumit jugak kerja2 nak patch..aku memang kagum+respect dekat designer aku yang seorang ni..kerja2 macam ni kena buat dengan penuh ketelitian sebab rumit.lagi sa tu, dia punya komited nak siapkan baju aku ni, dia sanggop naik KL dari JB untuk urusan baju aku ni..korang kalau tempah dengan dia, confirm puas hati..besides of dia punya hasil kerja yang berkualiti, servis yang memuaskan, memang korang rasa berbaloi tempah dekat dia..cakap je baju apa yang korang nak, dia akan design dan tunggu je hasil dia..servis dia dari pilih kain sesama (dia bukan datang on time, tapi datang awal), ukur baju (memang sangat lebih kurang, dia sanggup naik rumah aku yang tingkat 4 ni sebab beberapa masalah teknikal) and keep update me bout gown progress..senang cerita, sangat senang kalau nak berurusan dengan nina ni.besides baju, dia tak lokek nak share experience dia dalam urusan perkahwinan ni..dia ni wedding planner gak..so kalau aku stuck idea dalam nak fikir or plan pasal weddin aku, just hello je nina ni..dia sentiasa available kalau nak minta idea or pendapat..

bj kawen1hasil kerja nina yang buat aku tak sabar nak bersanding..

Sunday, January 24, 2010

Hytex garment sale kembali

ni ada berita gembira for those yang gilakan baju mickey, korang bolehlah datang membeli-belah sampai lebam dekat kilang dia..harga baju start dari rm5-rm25..average price dia rm10..size from kids until adult, men and women..design memang cantik and still up-to-date lagi..for me, this is one of warehouse sale which is most worth it..i like..baik kamu semua pergi sebelum terlambat..nanti lambat-lambat takut dah tak ada yang berkenan.

16 Jan - 07 Feb: Hytex Warehouse Sale

hytex whs 16 jan - 07 feb

Hytex Warehouse Sale

Kawasan Perindustrian Taman Ehsan,Kepong, Kuala Lumpur
16 Jan - 07 Feb 2010
Time : 10.00am - 6.00pm

Saturday, January 23, 2010

mencari barang-barang hantaran mengikut selera dan ketebalan poket

merancang perkahwinan yang mengikut selera tapi dengan keadaa kewangan yang tidak kukuh memang sesuatu yang menyakitkan..agak ramai yang tak setuju aku kahwin awal..one of the reason sebab financial not stabil..memang kalau nak ikutkan, kewangan aku sangat nazak..masuk bulan ni, alu baru kerja 6 bulan.dalam masa 6 bulan ni, tak banyak yang aku dah simpan..tak ada harta yang aku berjaya kumpul lagi..tapi sebab semangat nak bersama-sama dengan kesayanganku membuatkan hatiku berkobar-kobar merancang persiapan perkahwinan dengan penuh penjimatan tetapi meriah pada pandangan aku..bukan meriah mengikut prinsip orang-orang lain..paling penting, memuaskan hati aku dan orang-orang sekeliling aku..

first planning aku, aku punya target by end of december, semua hantaran, baik aku dan asri dah settle..so january aku dah boleh fikir untuk yang lain..december adalah yang terbaik sebab that time tengah megasale..memang aku dapat berjimat.

Tapi, dalam nak membeli=belah kita mesti tetapkan estimation untuk sesuatu barang..barulah tak over budget.dan yang paling penting, banyakkan survey ke semua tempat.

sebulan aku n asri merayau survey mencari barang-barang untuk hantaran kami.untuk beli perfume saja, kami pergi klcc, midvalley and last sogo..aku memang suggest sogo untuk cari perfume sebab perfume dia agak update.lawak betul bila salesman kat klcc cakap perfuma yang asri nak belum ada kat pasaran..aku pergi sogo elok je perfume tu ada..dah sebulan dah jual kat sogo..ish..

sepanjang sebulan journey survey kami, sebenarnya dua hari dah cukup nak lengkapkan barang-barang asri..cari baju asri paling senang..satu kedai je dah jumpa yang dia berkenan.ni aku nak share sikit pasal Raoul punya serve..layanan dia memang tip-top..since aku memang jenis cerewet bab-bab layanan ni, so aku agak particular layanan yang aku terima..aku paling rimas kalau baru je masuk kedai, sales person dia terus aproach ikut mana aku pergi sampai..memang aku tak jadi nak beli barang..sanggup aku keluar dari kedai tu..tapi keadaan berbeza masa di Raoul..dia perhatikan je customer sampai aku panggil baru dia datang dekat..lepas tu baru dia ambilkan baju yang aku nak kemudian siap bukak kan lengkap dan hantar ke fitting room..dari fiiting room aku just order je baju apa yang aku nak kemudian dia akan carikan baju yang aku nak..barulah dia bagi pendapat dia..

aku pun pelik kenapa sangat susah nak cari barang-barang aku..nasib baik kesayanganku agak penyabar ikut kemana aku pergi even masuk kedai yang sama berulang kali..pernah semiggu straight kami keluar cari handbag dan kasut aku tapi takda satu pun berkenan..lastly, kasut aku jumpa di Tang, pavillion dan handbag di parkson OU..yang paling pelik, sebenarnya dah berkali-kali kami round tempat yang sama..berhari-hari jalan kat kedai-kedai yang aku suka tapi tak jugak nampak..untuk kasut, studio tang punya pilihan agak menarik..kasut bling yang memang aku idamkan untuk wedding pun dapat..handbag aku pun ada bling jugak..handbag pula, kalau nakkan handbag yang ekslusif dan harga murah, jenama baby phat memang ekslusif..kat malaysia ni lebih kurang ada 3 outlet, setiap outlet cuma ada 3 saja design handbag yang sama..makna nya dekat malaysia cuma ada 9 orang saja pakai design yang sama.harga pulak tak cecah setengah ribu pun..

kalau nak beli jam pula, aku cadangkan kedai jam pertama..tingkat dua sebelah kedai cermin mata..bagi aku, harga jam dia agak murah dan banyak pilihan.layanan pun memuaskan sebab tak ada yang mengekor aku sepanjang aku nak buat pilihan.

alhamdulillah, setelah berpenat-lelah berkejar lepas kerja setiap malam dan setiap hujung minggu aku habiskan masa berjalan di shopping complex, awal bulan satu segala barang hantaran dah siap beli..nasihat aku, belilah time sale tapi kena tengok dulu pada harga dan keadaan barang..

Bermain futsal di hujung minggu

Aku dah lama minat nak main futsal..so bile CSD organised futsal tournament memang aku tak lepaskan peluang nak joint..even akku tau skill aku memang takde skill langsung..lagipun, lately memang aku n asri penuhkan weekend kami dengan bersukan..nak practic healthy life sekarang ni..futhermore dah busan nak pergi dating kat shopping complex..outdoor macam berkayak pon kami dah cuba..so sekarang nak try sport pulak..so last week aku main futsal untuk department aku and macam biasa kesayanganku menjadi penyokong setia aku..nasib baik dia ada, so dialah yang dok instruct aku bagitau rite position so senang nak block lawan..

sikit punya excited aku nak main futsal, pukul 8 aku dah sampai PJ..so aku budget before 8.30 mesti sempat register di SAMBA futsal..tak kuduga, kami sesat di taman bahagia selama 2jam..memang tragis sebab sebenarnya SAMBA futsal 15minit je dari LRT taman bahagia..yang kami pusing lebih dari 10kali..adeh..

Kami sampai game dah nak habes, tapi nasib baik department aku dapat masuk final.so dapat jugaklah aku beraksi..department aku dapat tempat ke4 dari 8..kira okie lah sebab kami tak practice langsung compare dengan team lawan yang memang ada wakil group and mereka dah biasa main..no wonder masing-masing laju and pasing bola kaki ke kaki..

DSC08843warna baju memang terbaik..confirm tak kan salah team members.

untitled2 aksi dari abang zakir

DSC08857at least..

barang kemas

Disember last year, heboh harga emas naik melonjak..Ada sekali pernah cecah sampai 150g/g..Bayangkan, rantai yang halus macam benang boleh cecah seribu..At that time, kami dah rasa menyesal kenapalah tak beli awal2..kenapalah time2 camni harga emas nak naik..

Banyak kedai aku survey, dari poh kong sampai kedai ah hong harga semua memang mahal..tapi yang berganda mahal dia kedai kawasan bandar dan agak ternama..Mostly design mereka agak sama..so tak kisahlah kalau nak beli kat mana2 kedai cuma those yang pentingkan ‘proud’ semasa membeli mesti macam malu nak sebut “aku beli rantai aku kat kedai ah hong je”..atlist mestilah kena cakap “aku beli kat Poh Kong”..even dah tau design lebeh kurang sama tetap kena pergi ke kedai yang ada nama..Disebabkan perkahwinan aku, perkahwinan budget maka kami selagi boleh berusaha mencari kedai yang harga murah..Kat sini aku nak bagitahu, harga emas memang sama tapi yang membezakan dia harga upah emas..kebanyakan kedai popular di area bandar aku pergi harga dia agak mahal..Contoh macam kedai emas melly, depan pertama dan kedai dalam pertama..2 kedai ni harga die agak mahal..Kedai Emas Melly, untuk rantai seberat 7gram harga dia RM1400..Aku dah berkenan, asri pun dah on nak beli tapi aku terpaksa menahan hati untuk beli sebab bagi aku harga dia tak berbaloi..Kedai emas dalam pertama, (aku lupa nama dia), rantai nipis berat aku rasa..Tu belum masuk harga loket..Kalau pergi Poh Kong pulak, sama je..Design simple tapi harga boleh cecah rm2000..Nak2 rantai yang ada design pintal2.lagi la mahal..Masa aku beli emas harga emas RM145/g..Memang mahal aku rasa tapi salah aku jugak sebab tak beli time harga emas rendah..Tapi harga emas mana jatuh, setakat jatuh slightly den dia akan naik balik..

Aku give up cari kat KL, aku balik kampung cari kat melaka..Aku pergi kedai emas yang cokia je..dekat Telok Mas..kalau pergi kedai dia, sikit je barang dia display dia..kebetulan famli aku suka datang kedai ni sebab harga upah dia agak murah and ofcoz tokei dia boleh lebeh kurang..Yang paling best, dia boleh buatkan design macam mana yang dikehendaki..Since boleh tempah ikut design aku, so aku pun mintaklah rantai yang aku memang berkenan kat kedai melly tu..Paling surprise, harga dia murah sangat dari kedai melly..siap loket tak cecah pun harga rantai sahaja..Baru aku rasa berbaloi membeli..

Kalu korang nak beli barang kemas, ada dua jenis batu permata putih..Diamond pure, harga dia memang mahal..Untuk harga RM300, korang hanya dapat diamond saiz nokhtah..Memang kecik..tapi kalau nak batu besar dan murah, belilah zirkon..Batu zirkin ni, bukan diamond yang keluar dari lombong tu tapi diamond buatan manusia..dengan harga RM300, korang boleh dapat batu yang agak besar..Dari segi kualiti, memang ada beza tapi bagi aku sama je shine dia..Tapi untuk cincin ataupun loket, selalunya goldsmith tak ikat dengan emas 916, sebab emas jenis ni agak lembik..Nanti batu mudah tertanggal..So goldsmith selalu guna emas 750 sebab struktur dia yang lebih kuat..Batu tak mudah jatuh..

Semua information ni aku dapat masa nak beli emas..Setiap kedai emas yang aku pergi, memang aku tanya banyak sebab nak tahu kualiti emas..Nasihat aku, those yang nak beli emas tapi dalam keadaan budget macam aku, do survey and compare the price first..jangan ingat harga emas sama so semua kedai harga sama..Harga berbeza mengikut upah..Keadaan geografi kedai jugak memainkan peranan harga..Tak salah beli kat kedai yang cokia tapi harga berbaloi..

Wednesday, January 20, 2010

hari malu

Bad day betul aku hari ni..tah macam aku boleh salah book bilik meeting..dengan muka yakin yang confident, aku cakap kat bos aku da book bilik..kebetulan, ada orang guna bilik meeting..so bos aku siap cakap dia da book bilik tu..sekali bila tengok balik, orang tu tak salah..aku yang salah..memang aku dah book, tapi aku book minggu depan..aku pon tak faham kenapa aku boleh salah letak date..malu sangat dekat bos aku..kawan yang memang tengah tension apalagi, memang menyirap lah bila aku buat salah..aiseh, sorilah bos..i didnt do it purposely..dalam meeting, kerja aku kene redo and bos nak hari ni juga…aduh..mana sempat..nasib baik rakan-rakan lain tolong back-up cakap kat bos tak sempat satu hari..

nasib baik ada Rajes, ofis aku bertindak pantas pergi book bilik meeting kat sebelah..nasib baik free..so dapatlah teruskan meeting even mood bos dah semacam..tq so much lah Rajes sebab selamatkan keadaan..Kadang-kadang aku rasa bersyukur sangat, even aku tak suka dengan apa yang aku buat, tapi kawan-kawan ofis aku ramai yang sanggup back-up aku and tak putus-putus bagi kata semangat untuk aku teruskan kerja ni..sebab mereka lah aku masih kuat bertahan dan cuba perlahan-lahan belajar benda yang aku palin tak suka dulu, programing..Kalau dapat kerja tak best, environment pun macam haram, memang aku tak boleh tahan kot..

as a new comer, memang aku agak clumsy, menggelabah and blur selalu..nasib baiklah abang2 n kakak2 kat ofis aku semua stok yang boleh nak mengajar..even mereka bz ya amat tapi still boleh lagi nak menolong..dalam memulakan perhubungan, mulut kena ramah tamah lah dok menegur orang..atlis bagilah senyuman kalau malas sangat nak menegur..kalau ada apa yang tak tahu, tanya2lah kepada yang tahu..senang nak buat kerja..

moral of the story, check betul-betul masa buat kerja barulah tak kena marah dengan bos..tapi pengalaman 1st time kena marah dengan bos buat aku rasa malu sampai tak nak jumpa bos lagi…tapi hikmah nya, lepas ni jangan cuai2 lagi..nak2 dapat bos yang serius dan kejadian berlaku time dia stress..memang berdouble malang macam tu..huahuahuahuahua..

Monday, January 18, 2010

mas kahwin

lewat kebelakangan ni, kecoh sekejap selangor naikkan harga mas kahwin..bagi aku, patutnya mas kahwin tak payah nak dijadikan isu..mas kahwin tujuan dia untuk mengangkat martabat perempuan..baru nampak harga diri perempuan..bukan aku nak kata yang harga diri perempuan bernilai banyak tu aja..tapi, atlis adalah something untuk seseorang perempuan kepada diri sendiri dari sang suami.. sebab, duit mas kahwin adalah milik mutlak pengantin perempuan..kalau jadi apa2, perempuan ada sesuatu ditangan..seperti yang kita sedia maklum, zaman dulu kebanyakan perempuan tak bekerja..sumber kewangan 100% dari suami..jika dilanda kesusahan, duit mas kahwin ini bolehlah digunakan untuk membantu semasa kecemasan..

cuba bayangkan kalau mas kahwin rm22, itu sajakah nilai seorang perempuan..dengan duit sebanyak tu, apakah yang boleh digunakan dizaman sekarang..bagi aku, mas kahwin ni penting untuk perempuan kerana jika jadi apa2, adalah back-up..dan dengan adanya mas lahwin, ia turut mengangkat martabat perempuan ni bernilai..bukan boleh dapat free je..biar mengajar lelaki menghargai isteri yang dinikahi..selalu benda free, orang tak jaga sangat,tapi kalo dia kena berusaha untuk dapatkan, kena bayar, barulah tahu nak jaga betul2..

dari segi nilai, bagi aku wang bukan nilai yang mutlak..duit hanyalah sekeping kertas..makin lama, nilainya makin menyusut..tak macam emas..sebenarnya, emas adalah yang terbaek untuk dijadikan mas kahwin kerana nilainya meningkat selari dengan pasaran..duit nilainya menyusut, inflasi..sebab tu, zaman dulu perniagaan menggunakan emas..nama mas kahwin pun mas..penggunaan emas adalah yang terbaek sebab nilainya yang lebih stabil..jadi, emas adalah medium terbaek digunakan sebagai mas kahwin..

sekarang ni pun dah banyak emas dijual..bukan setakat dalam bentuk barang kemas, tapi untuk simpanan pelaburan..contoh macam kijang emas, dinar emas, jongkong emas..emas2 ni kalo disimpan lama2, nilai dia semakin naik..tahun lepas, harga 1 dinar emas dalam 487..tapi setahun lepas tu, nilai dia meningkat selari dengan harga pasaran..emas yang kita simpan tu nilai dia dah bertambah 100..tapi, nilai duit semakin menyusut..taon lepas, dengan duit sebanyak rm100, boleh beli gula sebanyak 50kg..tahun ni boleh beli sebanyak 45kg gula..maknanya, nilai duit kita pada tahun ini telah menyusut kepada rm91..inilah dinamakan inflasi..jadi, apakah yang lebih baik..emas atau duit..kepada perempuan, fikirlah masak2 apa yang terbaik..kalau nak tahu lebih detail, klik jutawan emas.

image contoh dinar emas

tapi bagi aku, aku syorkan public gold..sebab senang nak beli, ejen akan datang kat kita, tak payah kita nak bersusah payah pergi kedai..spread dia better sikit compare dengan dinar emas yang lain.

gift@ayer itam

setel bab baju, kami pergi ayer itam pulak nak cari door gift..tapi aku tak jumpa door gift yang aku berkenan..juz dapat door gift untuk orang yasin and orang sebelah..dalam banyak2 kedai, ada satu kedai yang servis okie, harga pun murah..bekas net untuk isi epal, kedai lain paling murah bole bagi rm1 tapi kedai yang aku pergi ni 1pc=50 sen je..terus mak amek untuk 1000pc..kemudian aku jumpa pulak bekas mengkuang berbentuk 4segi n silinder..mula2 satu bekas harganya rm8-12..even aku dah berkenan, tapi terpaksa matikan hasrat sebab mahal sangat..sementara menunggu pekerja pack kan bekas epal, aku n mak dok borak dengan tokei tu..dalam borak2, dia kata die janji die boleh bagi apa yang aku nak ikut harga budget aku..discuss2 dengan mak, mak pun setuju nak beli sebab tokei tu “janji” nak bagi murah..dari harga rm12 satu, dia bole bagi rm5 each..memang ikut budget aku..so kami pon decide terus angkat 5oopc untuk bekas mengkuang 4 segi, 500pc untuk silinder mengkuang..puas hati aku jumpa kedai macam ni..yang penting, tema nya harga murah tapi barang cantik..tokei siap amek gambar hantaran2 yang die da siap gubah untuk aku jadikan reference dikemudian hari..lupa pulak, nana era pon gunakan khidmat kedai ni masa prepare barang kawen die..siap ada special space untuk gambar nana kat dalam kedai..

cats

kedai yang disayangi..datanglah kedai ni kalau nak dapat harga yang berbaloi2..

baby 844

baby 843

aku lupa kereta dah memang penuh..so sepanjang jalan dari ayer itam-jb kami terpaksa bersempit sebab bekas2 mengkuang ni..

beg

mak dengan uda bersusah payah meletakkan tali dekat silinder mengkuang..dari bekas kosong, dah bole jadi beg mengkuang. ayah dengan semangat spray bekas mengkuang 4segi dengan warna putih..baru kena dengan tema..

Technorati Tags:

Sunday, January 17, 2010

membeli belah di jakel

since aku decide nak tempah baju kawen n baju nikah, so kerja aku bertambah sedikit rumit sebab kena pergi beli kain..nasib baek nina si designer tak kisah nak datang tolong pilihkan kain..die lah yang dok bersusah payah cari kan fabrik terbaek untuk gown n baju nikah aku..kali ni, jakel menjadi pilihan kami sebab kakak aku memang dari dulu dok berkenan dengan harga+material die..

pagi sabtu,dari pukul 10 sampai 6 petang famli aku melepak kat jakel..nina pukul 10 da tercongok kat jakel..bagus gak dia datang awal, sempat die pilih material untuk gown aku..yang bagus nya kat jakel, dia ada space untuk discusion..so adalah ruang aku n nina nak berbincang tentang design baju aku..sebelum ni aku tak sempat nak jumpa die sebab aku kat melaka, die kat jb..kitorang contact tru fon je selama ni..naseb baek die kreatif dapat bayangkan apa yang aku nak..so masa jumpa face to face die senang je conteng kertas, siap design baju aku..cuma ada sedikit perubahan dekat design tu sebab en tunanganku request baju yang tidak berapa menonjolkan apa yang tak patut..setelah setuju dengan design, nina pilih kain pulak..agak berbaloi untuk beli kain kat jakel sebab pilihan dia agak banyak..tambahan pulak, harga jakel agak murah kalo nak compare dengan kedai kain lain..n tambah menjimatkan aku hanya guna 3meter instead 4 meter cam selalu sebab saiz aku..memang bertmabah jimat..lastly nina decide material untuk gown aku, thai silk for gown body, tangan chifon and beaded lace untuk patch kan dekat gown sebab thai silk to plain..color konfem la baby pink sebab tu memang weding theme color..baju nikah pulak, since aku memang nak buat baju kurung, so aku pilih simple chifon beaded..tqvm to nina sebab tolong pilihkan fabrik2 aku.pnasihat aku, kalo nak pilih kain, pergilah kat jakel sebab pilihan kain yang banyak and harga pon berpatutan..pandai tawar, dapatlah harga yang sesuai dengan bajet..tapi, designer pon kene pilih betol2..macam aku, naseb baek designer aku sanggop turun padang pilihkan kain, amend design, datang umah ukur baju..cari designer yang bole lebih kurang..yang sanggop terima idea kita..kesimpulannya, carilah designer yang macam nina ni..service+harga memang berbaloi..

baby 866-tile

baby 879

baby 875

baby 898

setel bab baju kawen aku, kena cari pulak cadar dan baju2 untuk famli..yang penting baju adek berade aku and parent aku..lega aku bende2 ni da setel..since mak aku memang cadar crazy, so bab pilih cadar die lah yang pilih..kalau nak senang,get idea first b4 g sopin den nanti senang sikit nak memilih..dah ada bayangan dalam kepala..sebab tema aku english+white+pink, so aku plan bilik all white juz tabur fresh flower..cadar aku pilih yang ada renda, not ropol tau..warna putih..tapi weding cadar jakel ni harge die agak pricey sket..lagi cantik, makan 2k++..below 1k, simple je…tengok pada what kind of cadar la yang kita pilih..kalao nak fabrik yang nmpak mewah, u have to spend a bit tapi memang puas hati..cadar2 die memang banyak pilihan, ikut range bajet kita..yang penting, jangan gopoh memilih cadar..suruh je pekerja bukak bentang cadar2 tu supaya dapat tengok puas2..jangan tengok pada gambar, n bukak sikit je…bukak besar2 macam nak bentang cadar..kalo bole bukak 10 cadar sekali pon takpe..lagi senang nak pilih..baru bole choose the best..aku spend 3 jam untuk pilih cadar sahaja..

baby 909

baby 928

baby 929

cadar

habes bab cadar, kami turun ke tingkat bawah untuk cari kain famli aku..sangat setia si bina, tokei jakel ikut kemana kami pergi..aku ingatkan cari kain untuk famli aku tak selama pilih cadar..sekali sama je..pilih kain untuk baju famli pon makan berejam..ni semua gara2 nak cari kain yang kena dengan tema english aku..dari kain untuk mak, ayah, adek beradek, sanak sedara n anak2 aku, semua aku beli kat jakel..kalau ada sesiapa yang memang berniat nak bershoping sakan dekat jakel, adalah terbaek kalo korang dapatkan serve dari tokei jakel sendiri..senang nak dapat discount and dieorang adek beradek memang sangat bagus PR skil..rasa selesa nak berurusan dengan mereka..macam aku hari tu, dari pagi sampai ke petang bina, tokei jakel dok melayan je..nak apa2 die cuba dapatkan..tu yang aku suke pegi jakel..murah n layanan puas hati..

baby 959

baby 937

baby 938

baby 964

satu perjalanan yang jaoh

da sebulan aku tak dapat nak update blog kesayangan aku ni..sejak kerja baru ni, susah betul aku nak akses internet..nak harapkan interent opis, huh…mana ada internet..cc je la harapan aku untuk surf..tapi tak bole selalu jugak sebab balik umah da penat..balek pk nak rest je dulu..tak cam keje dulu, balek uma senang hati..sometimes aku rindu sangat waktu dulu..even aku tensen dengan environment, tapi aku agak relax..yg peting, aku dapat menghabiskan masa dengan parent aku..aku rindu sangat time2 aku kat umah..buruk macam mana pon, aku suka duduk umah tu dengan parent aku..bila jauh2 ni, sayu sangat bile aku terkenang parent aku kat kampung..kalau ada pilihan, memang aku nak duduk kampung..tapi kat kampung takde pulak kerja yang sesuai..tapi aku kena berjaohan pulak dengan kesayanganku..adeh..penin pale aku..aku nak dekat dengan kesayanganku, kawan2 and famli aku..aku perlukan mereka semua..

aku suke kerja baru aku..tapi aku bukan suka dengan apa yang aku buat..aku suka dengan environment dia..(even tak boleh nak akses internet)..kawan2 kat sini semua baek2..dah lah aku paling muda kat dalam opis ni..so far mereka agak peramah and rajen nak tolong aku ajar2 apa yang patut.

aku jugak ada geng 1 malaysia (asri bagi nama)..sebab aku ada 2 orang kawan yang duduk area workspace aku..diaorang pon budak baru jugak..so kami bertiga macam satu geng sebab duduk dekat, jaoh dengan orang…borak pon sama2 kita..makan pon kadang2 bersama..the best part dalam geng ni lengkap ada melayu, cina n india..but the worst is im the only girl..

4232423995_58f3f4ef73_o

sekarang ni aku dalam proses nak menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru..kalo tak sesuai jugak, kene cari keja baru lah nampak nya..aku suke kerja aku sebab ada kawan2 n environment yang selesa..tapi aku tak suke dengan apa yang aku buat sebab system is not forte..argh……………