Monday, February 18, 2013

ZZ Sup Tulang

Antara famous spot makan dekat JB. Tempat dia sempoi je tapi jengan memain ramai artis dah datang makan. Dekat kaunter ada lah gambar few celebriti yang pernah datang.

Servis agak tip-top sebab nya segala nya cepat tak payah nak tunggu lama. Even ramai orang tapi waiter mereka cepat datang serve. Makanan pun xpayah nak tunggu lama.

Antara menu yang special mereka Sup Tulang, Mee Rebus Tulang, Mee Hoon Sup Daging, Soto Ayam, Bubur Nasi, Lontong Kering dan Nasi Ayam Penyet.

Harga pulak agak berpatutan. Mee rebus tulang harga RM8.50. Menu lain aku kurang pasti tapi harga agak berpatutan takde lah cekik sangat.

 

chintakami

mi rebus tulang yang enak

chintakami

 

Kawasan makan dia berkonsep open-air. Duduk di bawah pondok samada bersila atau pun dia atas bangku batu.

Ni alamat

Jalan Petri, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

(Landmark: JKR Daerah Johor Bahru)

Saturday, February 16, 2013

Wedding di Dewan Perdana Felda

First time pergi wedding yang super formal.Kutuk lah kata aku jakun tapi aku sangat kaget.

Sebelum ni main redah je wedding bising. Datang duduk, makan n sembang.

Kat sini, meja dah ada nama. Ada aturcara kena ikut. Paling penting obviuosly tak boleh nak memakak sakan. Sila hormati majlis.

Hannah macam biasa, tak reti nak duduk diam. So the reason why kids not allowed to this formal ceremony sebab normally they are hard to control. Kitorang sampai fikir nak balik je tapi bila fikir kan tuan rumah so terpaksa mengawal anak dalam kepayahan.

Walaudemikian,it was beautiful wedding. Makan sedap, door gift best, tempat cozy gila. Pengantin yang cantik. The best part boleh jumpa rakan-rakan yang dirindui. Cewaaah…

 

chintakami

 

chintakami

chintakami

Friday, February 15, 2013

Ubat Demam Hannah

Dah lama nak share tapi asek lupe je.

Since lepas Hannah kena tonsil menanah dulu, masa tu dia 6@7 bulan kot. Doctor suggest Hannah consume Vitamin C sebab kalau ikut record Hannah mudah demam.

Bila doctor suruh, maka kami pun bergegas ke farmasi untuk mencari Vitamin C Hannah.

Ada banyak jenis Vitamin. Macam2 brand, macam2 khasiat, macam2 harga. Dalam kepelbagaian tu aku pilih Seven Seas. Rasa oren.

Antara range paling murah adalah Scott tapi Scoot tidak mengandungi Vitamin C. Cuma ada minyak ikan kod. Seven Seas a bit pricey among yang lain.

Komen aku ; kami sangat puas hati.

Alhamdullilah Hannah jarang demam, kalau seseme boost kan vitamin C then insyallah cepat je baik. Tak payah makan ubat. As we know, ubat2 tu semua banyak buruk dari baik nya. Lebih lebih lagi kalau bagi selalu. Boleh merosak kan buah pinggang anak.

 

chintakami

Wednesday, February 13, 2013

Cuti CNY 2013

Rasa nya dah lama The Burns tak pergi holiday. Untuk para makhluk halus ni kalau holiday means berendam kolam bagai nak rak.

 

Desaru menjadi pilihan kali ni since Maybank ada facilities kat sana. So untuk accomodation dah tak payah nak pening fikir.

 

Percutian 3 hari 2 malam di Maybank Apartment Desaru. Nama je dekat dengan pantai tapi bebuedak ni sikit pun x ke pantai. Semua dok bantai mandi kolam selagi boleh.

 

chintakami

 

rezeki The Burns dapat apartment bawah depan kolam. Memang berendam sakan lah. Kebetulan the day kami check in tak ada orang so memang masing2 bermaharajalela berendam tak ingat dunia.

 

chintakami

 

Antara games pagi sabtu. Cari gula-gula dalam kolam. Habis rosak gula-gula berendam.

chintakami

 

Macam biasa bila The Burns berkumpul all the cucus akan sembahyang jemaah and followed by taklim lepas solat.

 

 

chintakami

 

BBQ masa malam last

 

chintakami

 

Sesi penyampaiana hadiah yang berkonsep semua adalah pemenang tiada yang pengalah maka semua orang bawak balek hadiah.

 

 

Bagi aku percutian keluarga adalah sangat penting. Boleh berehat lari dari rutin harian. Boleh mengeratkan silaturahim. so sesekali memang kena lah bawak family pergi bercuti walaupun dekat dan kejap.