Friday, August 6, 2010

Mari Membasuh Baju

Korang pernah rasa leceh tak nak gosok baju kemeja. Aku rasa becinta sangat nak iron kemeja. Tapi, kini tidak lagi (macam iklan sabun lak) hehe..

Aku nak share ni. kalau ank bagi baju senang iron, tahan lama, sila basuh tangan baju-baju anda.

Macam aku, aku basuh tangan untuk semua baju kerja dan baju kurung. Yang t-shirt & seluar tak larat lah nak basuh tangan. Bukan apa, kemeja ni kalau basuh mesin dia punya ronyok tu teruk sangat. Kang jadi kerja lak nak iron tu. Memang susah sikit nak ilang kan ronyok-ronyok tu. Even baju RAOUL pon susah nak iron kalau dah masuk mesin. Setakat ni, yang senang iron, baju G2000 je. Masuk mesin pon senang lagi nak iron.

Memula, rendam baju2 kerja tu. Kalau agak-agak baju tu jenis turun kaler, jangan campur sekali. Rendam asing. (Kalau baju rosak, aku tak jamin.)

 

Kalau baju korang jenis turun kaler, rendam dengan air panas sebelum basuh. Sebab nak mati kan warna. SO after this baju tu tak kan turun warna lagi.

 

Agak-agak dah rendam dalam 15 minit, boleh lah berus apa yang patut. Siapa yang kerja opis, baju tak lah kotor sangat kan.

 

Dah siap basuh, bilas dan rendam dalam softener selama setengah jam. Jangan lama sangat sebab nanti baju bau masam. Sekejap sangat pon tak boleh jugak, tak sempat nak meresap pulak softener nya.

 

Agak-agak dah sesedap rasa, terus sidai baju-baju tu. Jangan perah. Sidai macam tu je.

 

Tunggu sehingga kering dan iron. Selamat mencuba.=)

 

image

*so far, sejak aku basuh baju macam ni, senang lah sikit aku nk iron baju kerja Asri..fuh….*

Thursday, August 5, 2010

Benda yang Menghantui Aku Setiap Bulan

Setiap bulan, benda-benda ni memang menghantui aku. Selagi tak setel, dia mesti kejar je aku sampai setel.

 

Duit sewa rumah (duduk apartment buruk+lama pon dah saket kepala)

 

Duit maintenance (apartment lama, maintenance fee murah, naseb baek)

 

Duit kereta

 

Bil astro  (sekarang dah tak pakai astro sebab kami jarang tengok TV)

 

Bil streamyx (kami sangat memerlukan internet)

 

Bil Hand phone aku & asri (Sejak dah kahwin, naseb baek bill dah tak berapa nak melonjak)

 

Bil air

 

Bil elektrik

 

Siapa kata jadi orang besar ni best. Setiap bulan dapat gaji ni lah benda pertama nak kena setel. Ni belum ada anak, kalau ada anak, mau lagi berjela lah list bulanan kami..*sigh*

Life Lepas Kahwin

Dulu masa kecik-kecik sebok nak jadi orang besar. Rasa macam seronok sangat lah orang besar ni. Tapi tak sedar sebenarnya, lagi dewasa lagi banyak benda nak kena fikir. Bukan fikir pasal diri sendiri je, pasal orang lain pon kena fikir gak.

Aku rasa macam faydaapppppppp sangat nak fikir benda-benda orang besar kena fikir.

Bila dah besar ni, banyak sangat komitmen yang memanggil-manggil. Nak tak nak, memang kena hadap jugak benda-benda ni. Macam-macam nak kena bayar.

Dulu masa kecik, kalau nak jalan fikir nak jalan je. Sekarang ni kena fikir duit minyak lah, parkinglah. Selangkah keluar, mesti kena keluar duit..

Nak makan, order je apa yang nak. Sekarang kena fikir, duit ada berapa eh dalam poket. cukup ke nak beli.

Nak shopping, pilih je apa nak. nanti ada lah orang bayarkan. Sekarang ni nak buat macam tu, mau kena penyepak je dengan orang kedai tu nanti. Siapa nak bayarkan duit shopping ko tu. Kalau main beli je, siapa nak bayar bill-bill lain?? Adeh………

Setiap kali nak keluarkan duit, banyak sangat benda-benda nak kena timbang-timbangkan.

Mak kata, sabarlah. Ni dugaan orang baru kahwin. Memang macam ni.

Kak Marina cakap, orang baru kahwin memang macam ni. Tengah nak stabilkan ekonomi.

Nyanya cakap, adatlah. Hidup lepas kahwin memang macam ni.

Banyak sangat komitmen aku rasa sekarang ni. Nak bayar tu, nak bayar ni. Rasa macam nak back to student time je. Senang. Tak payah banyak fikir.

Tuesday, August 3, 2010

Demam Panas

Balek kerja je tadi, Asri dah lembik semacam. Rasa badan, panaaaaaaaas sangat. Kepala berat je dia kata. Aih, kacau ni.

Ni 2nd time Asri demam panas sejak kahwin ni. Tapi yang 1st time kat kampung, aku tak risau sebab apa-apa hal ayah ada. Kat KL ni, camne aku nak handle kalau Asri tak boleh bangun nanti ni. [Mau Mike n ngenget jadi mangsa nak ke spital or klinik kalau apa-apa hal jadi. Boleh eh korang..(,”)]

Aku risau betul kalau kena demam panas. Demam panas teruk akibat dia kalau lambat dapatkan rawatan. kalau budak kecik, mau bole kena saan. Silap hari bulan, boleh buat otak terencat. Kalau dah besar lak kena, akibat dia..cuma tak boleh bangon je la..

Aku harap sangat Asri cepat baik. tak melarat demam macam aku dulu.

Nampak gaya nya macam aku kena jadi nurse+doktor je malam ni.

Naseb baek ada internet. aku pon dok google lah macam mana nak bagi demam cepat surut. Takmolah Asri demam lama-lama. Mak, tolong mak…………………………………

Antara tips yang aku dapat, (aku combine kan pengalaman dulu-dulu dan apa yang aku baca kat cik tenet)

  1. Mula-mula, mandikan en demam dari kaki kemudian bawak ke kepala. Ayah kata, kalau sakit kepala syampu puas-puas dan mandi dalam masa 15 minit. Keluarkan haba dalam badan. Kan besh kalau rumah ada bath tub.(Sampai-sampai rumah memang aku dah suruh Asri mandi dah)
  2. Lepas mandi, jangan pakai kan baju tebal-tebal. Pakai baju yang nipis je. Pakai t shirt pagoda dengan boxer pon takpe. Kalau rasa sejuk, selimut pun pakai kan selimut nipis je.
  3. Lepas tu, kalau perut kosong bagi la dia makan something. Tak berat pon takpe, janji jangan perut kosong masa makan ubat. Kalau tak, ubat punya tindak balas jadi lain macam pulak nanti. Untuk sementara, makan panadol atau yang sama waktu dengan nya pon takpe.
  4. Dah bagi makan ubat, biar kan dia tidur. Kalau ada kool fever, tampal lah kat kepala. Kalau takde, lap-lap kan la dengan kain basah badan orang demam supaya haba cepat keluar.
  5. Tidur bagus untuk orang demam sebab boleh mempercepatkan body recover. Bila body dalam keadaan rest, senang la dia nak melawan demam.
  6. Banyak kan minum air. Yang terbaek minum air masak dan juice sejuk. Selalu demam kan tekak jadi pahit jadi nak telan air masak macam tak bevitamin C macam tak berapa nak selera. Since kalau demam pon dokor bagi Vitamin C, maka minumlah air yang bervitamin C.
  7. Tapi kepada orang yang jaga orang demam, tidur tak baik untuk anda. Jaga orang demam. Kang kalau korang tidur,sapa nak siapkan apa yang pesakit nak.
  8. Last, cek temparature selalu.
  9. Kalau demam terok dah 4 hari, pergi hospital untuk cek darah!!

imagepanas sangat dah ni. Gambar dari sini