Monday, February 8, 2010

persiapan perkahwinan : barang kecik tapi penting sebenarnya

lupakan dulu cerita gangguan dari luar..sikit pun aku tak rasa tergugat..cuma sedikit marah sebab tak habis2 pasal dia..lagipon cuma nak jadikan iktibar kepada kawan2 di luar sana..

hari ni aku nak cerita pasal benda2 kecik tapi sebenarnya penting..nampak remeh tapi kalau tak ada macam kurang sempurna pulak nanti.

untuk perempuan, pastikan ada pakaian dalam yang sempurna..since hari perkahwinan kita nak kan yang cantik2 saja..yang kurang enak untuk dipandang seboleh mungkin nak disorok..kalau yang perut berlipat, pakailah girdle dan korset supaya badan nampak slim dan cantik body shapingnya..kalau korset yang murah aku suggest brand audrey..dia punya tali adjustable so later boleh adjust tali dia kalau agak2 da terbesar or terkecil saiz nanti..lagipun, besi yang support dia agak panjang compare dengan brand lain..cuma prob audrey ni tak ada saiz kecik..even badanku yang seberat 49kg pon tak boleh pakai saiz m..macam tak korset je aku rasa..nak pakai saiz s, audrey memang taj keluar saiz s pulak..harga audrey pun agak murah..palig mahal RM89 tapi warna terang…so kalau pakai baju yang warna cerah macam pink, putih ataupun cream sangatlah tak sesuai..takut timbul shade pulak nanti..selain korset dan girdle, bra juga memainkan peranan penting..kalau bagi yang breast kecik, pakailah push-up..kalau yang besar tak payah pakai push-up pon takpe..pakai bra yang jenis ada shape..dalam banyak2 brand, audrey ada bra special untuk extra size..dia punya features dalam cup ada besi yang akan membentuk breast nampak sedikit kecil dan cantik membulat macam pakai push-up…besi dalam cup dan ditepi bra membantu untuk membentuk payudara jadi lagi cantik..mungkin harga sedikit mahal..bermula dari RM59 ke atas tapi sangat puas hati sebab tahan lama..dan sangat support..

kalau yang tempah baju, better sarungkan baju anda kedalam cloth cover yang macam coat punya sarung tu..ada sesetengah tailor dia bagi free je cloth cover tu..tapi kalau tak ada, sebaek2 nya dinasihatkan beli sahaja..dekat ikea harga dia baru RM13.90..yang nipis RM9.90..pentingnya cloth cover ni sebab nak elakkan baju kotor..nak2 baju kahwin selalunya berwarna putih atau stok yang cerah2..karang tak sempat pakai dah kotor..

untuk perempuan, pergilah spa sebelum kahwin..sekurang2 nya sekali..pertama kali berjumpa suami (suami ya, selama ni hanyalah tunang) mestilah nak kulit yang licin, badan yang harum, muka yang cantik bersih makanya rawatan di spa dapat membantu untuk kita kelihatan cantik.harga rawatan selalunya bermula dari RM150+++..tapi sekarang ni DYNASTY SPA di Jalan Kuchai Lama tengah buat promosi pembukaan..untuk 3 rawatan spa hanya berharga RM 90..agak menarik la tawaran dia..

okielah…kalau kawan2 ada apa2 nak ditambah beritahulah ye..so far, ni saja yang aku ingat..

Sunday, February 7, 2010

tak faham aku perempuan yang kuat sangat ni

maybe entry ni agak emosi..aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku sekarang ni..maybe sedikit terusik sebab ada orang masih mengejar kasih seorang lelaki..dimana lelaki tu adalah tunang aku..tapi aku tak marah tunang aku sebab dia dah beritahu everything dekat aku..aku tau dia tak selindung apa2..dan aku percaya tunang aku (walaupun aku percaya dia tak sampai 50% sebab aku taknak jatuh terduduk bila something happen)

tadi dia tujuk twitter dia punya follower..benda ni lah yang membuatkan aku rasa terkedu..one of the follower adalah perempuan yang suka kat dia..yang suka dekat dia dari zaman dia degree 1st sem..sekarang ni asri dah kerja..satu tempoh yang agak lama dari zaman belajar sehingga kerja..aku tak kisah dia nak minat asri or what so ever tapi yang aku kisah tolonglah berhenti mengekori asri..kau nak minat, minat diam2 lah..jangan kacau bakal suami orang..

masa baru-baru kewujudan perempuan ini, kami agak kerap bergadoh kerana dia..ya..aku memang sangat cemburu..pernah kami tengah dating, tiba2 ada mesej masuk di hp asri berbunyi,

“hi asri..u free tak..i nak ajak u teman i shopping”

mesej ini sangat menimbulkan keraguan sebab bagi aku, bila dah rapat je berani nak ajak teman shopping..waktu tu assuming aku, asri sebenarnya agak rapat dengan perempuan ini..sebab dia tak pernah beritahu aku pasal kewujudan perempuan ini..tiba2 aja hantar mesej ajak teman shopping..sebab aku tak tahu mestilah aku hangin..kes ini agak kecoh sampai family masuk tangan sebab waktu tu aku rasa sangat tertipu..aku rasa tertipu sebab dia tak pernah beritahu kisah perempuan ni (sebab tu aku tak berapa percaya tunang aku.bukan sebab dia curang tapi bila dia ada rahsiakan sesuatu yang besar macam ni so i cant control myself).sebab terlampau marah aku sampai terfikir nak putus tunang sebab aku rasa tertipu sangat.kakak aku called that woman to explained about us sebab that woman still kacau tunang aku tapi selamba tanpa rasa bersalah dia kata hak dia nak kawan dengan tunang aku..

even kakak aku dah called dia, dia still contact dengan tunang aku.tapi kali bukan melalui hp..dia guna ym pulak..pantang asri on ym mesti akan buzz..bila dilayan macam2 la ayat nak mengayat..waktu ni lah dia luahkan perasaan.even that time dia dah ada boyfriend tapi still suka dekat asri..kuat betul cinta dia terhadap asri..banyak kali dia cuba untuk merapatkan diri dengan asri..macam2 dia cuba lakukan untuk mengharapkan asri balas cinta dia..dalam kelas selalu perhatikan asri tapi dia marah asri sebab asri tak pernah tegur dia, bukan setakat tegur tapi pandang dia pun asri tak..sampai ada satu tahap, masa faculty function dia sanggup duduk semeja dengan asri semata-mata nak asri tegur dia..kecewa asri tak tegur dia, asri ignore dia macam dia tak ada kat situ..keliru aku kenapa dia mengharapkan asri nak tegur dia..siap dia nak kecik hati pulak tu..yang paling lawak, sepanjang 2tahun dia selalu perhatikan asri dia tak pernah nampak asri dating dengan aku, dia tak pernah nampak asri dengan tagi..padahal asri sentiasa berkepit dengan tagi waktu nak pergi kelas..sampai ada yang cakap asri dan tagi gay sebab selalu berkepit tapi perempuan ni tak pernah nampak tagi dengan asri..

aku ingat cerita dia menghubungi tunang aku akan berlalu bagaikan angin sebab asri tak layan dia..dah lama dia tak buzz asri since asri declare tak kan terima dia..dia pun menyepi lama dah..hampir setahun dia tak kacau kami lagi..tapi baru2 ni dia muncul lagi..jadi follower dalam twitter pulak..tapi kali ni aku daah kewl sebab aku tahu apa yang berlaku..cuma aku masih tertanya2 kenapa dia still nak mengetahui pasal asri…kenapa dia nak berkawan dengan asri..setakat berkawan aku boleh terima tapi kalau dah nak menghantar mesej, ajak keluar its too much bebeh..lagi satu kalau betul ikhlas nak berkawan, kawan lah dengan aku sekali.pesanan aku untuk perempuan ini, tolonglah jangan kacau tunang aku lagi..

kepada perempuan yang pernah hadapi apa yang aku pernah lalu ni, semuanya okie asalkan pasangan anda tidak layan orang ketiga tapi kite still kena berjati-hati sebab orang macam ini akan berusaha dan menggunakan pelbagai cara untuk mancapai matlamat..macam pak imam nampak perempuan seksi, still akan terliur jugak walaupun iman tebal didada..yang penting berhati-hati dan jangan terlampau percaya..

Saturday, February 6, 2010

memori cinta luka

kehadapan sesiapa yang berkenaan

tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memaklumkan kepada anda bahawa saya akan melangsungkan perkahwinan pada 12.3.2010 dan majlis persandingan pada 13.3.20210..sebagai seorang perempuan, saya memerlukan persediaan yang rapi dan secara logik dan normal, saya perlukan sekurang2nya seminggu untuk membuat persediaan perkahwinan saya yang bakal berlangsung nanti..dan ingin saya maklumkan juga, perkahwinan saya di MELAKA dan sekarang ini saya tinggal di KUALA LUMPUR..

saya faham anda meminta saya secara pandai untuk mengatur macam mana saya nak buat persiapan..mungkin anda meminta saya berulang-alik kl-melaka supaya saya dapat menyiapkan persiapan selepas hari bekerja..saya tidak ada masalah untuk melakukan kalau perbelanjaan ditanggung oleh anda..tentang pandai2 saya macam nak uruskan perkahwinan sedangkan cuti tiada, maaf encik..saya kurang pandai nak berfikir macam mana saya nak buat persiapan sedangkan cuti kahwin hanya 2@3 hari SAHAJA..

saya faham selama ini anda kerap mengutarakan supaya saya melambatkan perkahwinan saya tetapi macam mana dengan persiapan, kad jemputan dan segala macam perancangan saya..kalau anda sudi menanggung segala kos mungkin saya akan pertimbangkan..itu dari segi budget..kalau dilihat dari segi lain untuk tahap saya sekarang ini, saya dah dikira WAJIB kahwin..walaupun antara alasan yang encik berikan supaya saya enjoy hidup sebelum kahwin, saya kurang faham tentang itu..adakah anda menggalakkan saya membuat dosa sebab kalau pergi enjoy2, saya akan berpegangan tangan dengan tunang saya..memang orang akan cakap, jumpalah sajalah jangan pegang2..tapi ada ke couple yang dating tak pegang tangan..sedangkan keluar berdoa pun boleh dikira berdosa sebab menggalakkan maksiat dan boleh menimbulkan fitnah.

ingin saya beritahu disini, saya adalah seorang perempuan dimana persiapan sebagai pengantin adalah lagi complicated berbanding lelaki..mungkin masa anda menyuruh saya berfikir secara pandai untuk menguruskan majlis saya nanti, anda membayangkan saya adalah lelaki dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan anak jiran sebelah..jadi tak perlulah persiapan yang beria amat.

saya agak keliru jika pihak atasan mempertikaikan tentang cuti kahwin..adakah sesuatu yang pelik staff  baru yang belum confirm meminta untuk cuti kahwin..

saya harap semoga anda dapatlah mempertimbangkan permohonan cuti saya semula..bayangkan diri anda adalah bapa pengantin perempuan..apakah yang anda harapkan semasa anak perempuan encik akan berkahwin..adakah andamengimpikan mereka masih di pejabat sedangkan majlis perkahwinan akan berlangsung esok dan pejabat anak anda terletak 200km dari rumah..dan mengambil masa selama 2jam untuk sampai kerumah (bukan menaiki kereta toyota)

sekian, salam sayang..

Friday, February 5, 2010

kemalangan di Jalan Esfahan

hari ni aku balek lambat..bukan balek lambat sebab kerja tapi sebab kena tunggu kesayanganku habis kerja sebab dia habis kerja lambat..sebenarnya bukan dia yang habis lambat tapi aku yang habis awal..setipa hari jumaat bank memang balek awal, 4.45..asri pulak hari jumaat la dia balek lambat..pukul 6 baru nak keluar office..so kena lah aku tunggu dia..

hampir setengah jam aku kena tunggu dia kat bawah..nak tunggu kat office cam busan lak sebab unit aku semua dah balek..plus kesejukan dalam office buat aku tak tahan nak stay lama2..

dalam tengah menunggu asri, tiba2 kecoh dekat trafic lite betul2 bawah jejantas..ramai orang berkerumun tengah jalan..dan aku dengar ada suara orang mengerang sakit..yaa..seorang makcik tengah mengerang kesakitan sebab kaki dia patah dilanggar motor dari arah jalan raja laut yang ketika  itu sedang asyik dalam kelajuan.

dalam 1ominit selepasa kejadian baru makcik tu diangkat oleh orang ramai untuk dibawa ketepi jalan..ambulan pun dah dihubungi..dalam 20min baru ambulan dari HKL datang.

sementara nak tunggu amblan sampai, aku dok lah borak2 dengan kak peah dan abang bedul yang ada kat tempat kejadian..memang salah makcik tu totally sebab dia melintas tak naek jejantas yang tak sampai 1meter je jarak dia dari tempat dia melintas..waktu melintas pulak, bukan dia nak tengok lampu merah ke hijau…merah pun dia redah jugak..dah lah kenderaan dari arah jalan raja laut memang jenis memecut semacam je..nak-nak motor.memang la lahi tekan minyak nampak lampu hijau..

makcik tu siap terlambung lepas kena langgar..mula kaki dia tersangkot dekat tayar motor yang langgar dia kemudian terpelanting pulak..kepala berdarah kemudian kaki kanan dia terkepak dah..tulang kat lutut pulak nampak dah terkeluar..kesian kat abang motor tu..even bukan salah dia, tapi muka dia memang cuak gak lah..ni lah 1stime aku tengok pengalaman depan mata aku..ingatkan nak amek gambar masa makcik tu tengah mengerang tapi tak sampai hati pulak..

sepanjang tunggu ambulan sampai makcik tu memang asek mengerang aduh sakit nak..ya ALLAH kaki aku sakit..tapi dalam ngerang2, beg tangan taknak lepas even orang sekeliling  nak tolong dia..kuat gila dia pegang dalam sakit2 tu..

3829263628_8665388285_o tempat kejadian

 

p/s pengajaran korang tolonglah kalau nak melintas tu tengok2 sikit..kang tak pasal2 free je kaki patah..